Fiq Online telah menyertai pertandingan "Blog For FT" iaitu satu peraduan untuk menggalakkan orang ramai memblog mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Fiq Online harap pelawat dan peminat website fiq online "VOTE" fiq sehingga ke peringkat akhir.


Terima Kasih Kepada Pelawat Fiq Online kerana sudi melawat website ini.

Sponsor Link By Fiq Online


Sponsor Link By Fiq Online









    follow me on Twitter

    1:54 PM | Posted in


    RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

    Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

    Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam esok. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.

    Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

    Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

    Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.

    Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?

    RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

    Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

    Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam esok. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.



    RUPA salah satu asteroid yang terapung di angkasa.

    Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

    Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

    Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.



    AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar di bumi.

    Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

    Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

    Hentaman objek

    "Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.

    "Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.

    "Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.

    Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.

    "Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.

    "Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.

    Perlanggaran galaksi

    Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.

    "Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.

    Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.

    Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.

    "Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.

    Fenomena alam berangkai

    Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

    "Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.

    Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

    Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

    "Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

    Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

    "Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.

    Terma Kosmofobia

    Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

    "Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

    "Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.





    Category:
    ��
    Links to this post
    1:43 PM | Posted in ,


    Aktres Nur Fazura Sharifudin atau Fazura gagal dalam tuntutan saman fitnah berjumlah RM500,000 terhadap akhbar tabloid, Mingguan Warta Perdana berhubung penyiaran artikel yang didakwa berunsur fitnah bertajuk 'Fazura Rela Dipenjara' bertarikh 29 Mei 2005.

    Hakim Datuk Balia Yusof ketika memutuskan perkara itu turut menolak dengan kos tuntutan saman tersebut selepas hujah penggulungan kedua-dua belah pihak selesai didengar di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

    Tuntutan ganti rugi sebanyak RM500,000 ditolak kerana tidak wujud unsur fitnah dalam penyiaran artikel tersebut.

    Balia dalam penghakiman secara lisan berkata, Fazura, 26, yang diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan gagal membuktikan bahawa pernyataan yang dikeluarkan dalam artikel tersebut berunsurkan fitnah, memalukan dan mengaibkan Fazura.

    Fazura memfailkan saman pada 30 Ogos 2005 terhadap syarikat Perdana Production House yang menerbitkan Mingguan Warta Perdana dan wartawannya, Haslinda Hashim yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.

    Plaintif (Fazura) mendakwa pihak defendan telah menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya di muka depan akhbar itu bertajuk, 'Fazura Rela Dipenjara' dan pernyataan 'Saya tidak takut dengan hukuman sekiranya saya didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut'.

    Artikel berkenaan mempunyai kaitan dengan kes Fazura yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencederakan suri rumah, Geraldine Marianne Wong di sebuah bar di ibu negara pada 2005.

    Namun heroin filem Pisau Cukur itu kemudian dibebaskan daripada tuduhan tersebut pada 22 September 2008.
    ��
    Links to this post
    2:30 PM | Posted in


    Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS), Stacey Herald, 35, yang dianggap ibu paling kecil di dunia bakal melahirkan anak ketiganya, lapor sebuah akhbar semalam.

    Dia yang tinggi 71 sentimeter diberi amaran sekali lagi oleh doktor mengenai risiko kehamilan itu biarpun pernah bersalin anak sulung, Kateri pada 2006 dan Makaya pada tahun lalu.

    Suaminya, Will memiliki ketinggian normal 1.75 meter.

    Namun mereka meneruskan hasrat untuk menimang anak bongsu itu serta menganggapnya sebagai hadiah daripada Tuhan.

    "Kami tidak pernah merancang untuk mendapat lebih dua anak namun beranggapan anak-anak ialah hadiah paling bernilai di dunia," katanya.

    Pasangan itu mula bertemu pada tahun 2000 ketika bekerja di sebuah pasar raya yang sama di bandar asal mereka, Dry Ridge, 111 kilometer dari ibu negeri Kentucky, Louisville.

    Mereka berkahwin pada 2004 dan sudah membesarkan dua anak perempuan bersaiz normal.

    Wanita itu menderita penyakit Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang tumbesaran terbantut.
    Category:
    ��
    Links to this post
    2:18 PM | Posted in ,





    Pelakon, Nor Fazura Sharifudin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa dia gagal mendapatkan kontrak bernilai lebih RM1 juta ekoran tersiarnya satu artikel dalam sebuah akhbar tabloid yang didakwa memburuk-burukkan dirinya.

    Nor Fazura, 26, yang lebih dikenali sebagai Fazura, berkata, ketika artikel bertajuk Fazura Rela Dipenjara tersiar pada 29 Mei 2005, dia sedang dalam proses perbincangan dengan syarikat Maybelline, Loreal, Bonia, Clarins, Biotherm, Brands, Celcom dan Hotlink.

    Pada masa sama, dakwa Fazura, dia turut kehilangan kontrak bernilai lebih RM100,000 yang telah ditandatangani dengan syarikat kosmetik, Olay.

    Bagaimanapun, Fazura tidak mempunyai sebarang bukti bagi kesemua kontrak dengan lapan syarikat tersebut manakala dengan syarikat Olay, katanya, dia ada menandatangani kontrak tetapi tidak menyimpan dokumennya.

    Fazura berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes samannya terhadap syarikat Perdana Production House Sdn. Bhd., yang menerbitkan akhbar tabloid Mingguan Warta Perdana, yang dinamakan sebagai defendan pertama dan pemberita Haslinda Hashim sebagai defendan kedua.



    Artikel itu didakwa berkaitan dengan kesnya yang dituduh menyerang suri rumah Geraldine Mariana Wong. Dalam kes itu, Fazura dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 22 September 2008.


    p/s: Kesian fazura, lepas satu, satu lagi kabar buruk untuk dia. Bersabarlah Fazura..
    ��
    Links to this post
    11:49 PM | Posted in , ,




    “Selalu saya berdoa, ambillah nyawaku ketika masih sihat (ada kudrat), bukannya ketika sudah terlantar. Bukan menolak takdir, tetapi tidak mahu menyusahkan sesiapa. Jika sudah terlantar, nanti menyusahkan orang,” kata seorang khunsa yang menderita pelbagai jenis penyakit termasuk reput tulang sejak 20 tahun lalu.

    Mahu dikenali Suraya, 58, derita ditanggung khunsa yang memilih meneruskan hidup sebagai wanita itu bagaikan tiada kesudahan.

    Ketika zaman kanak-kanak sehingga remaja, dia berdepan tekanan perasaan akibat kecelaruan jantinanya dan sejak dewasa sehingga menjengah ke usia tua dia menanggung kesakitan berikutan penyakit dialaminya.

    Suraya mendakwa episod deritanya bermula apabila dia mengambil sejenis pil hormon wanita dikenali dengan nama ‘dexamethasone’ ketika berusia 27 tahun.

    “Saya ada dua alat kelamin, lelaki dan wanita tapi jiwa serta naluri saya lebih terarah kepada lelaki. Masalahnya, fizikal saya seperti wanita dan ibu bapa pula mendidik saya supaya menjadi wanita. Arwah nenek pula ‘mengisytiharkan’ saya wanita.

    “Biasalah.. cakap orang tua kita kena dengar. Arwah nenek beritahu ayah dan ibu supaya terima ketentuan Allah. Dan, sejak itu saya dididik menjadi wanita,” katanya.

    Suraya berkata, dari kecil dia disuruh memasak, membasuh dan melakukan seperti apa yang dilakukan seorang wanita.

    “Oleh kerana jiwa dan naluri saya lebih terarah kepada lelaki, saya cukup tidak suka melakukan pekerjaan itu (memasak dan membasuh). Saya dipakaikan dengan pakaian wanita tetapi perwatakan saya lebih kepada lelaki,” katanya.

    Menurut Suraya, walaupun jiwanya memberontak mahu menjadi seorang lelaki, dia patuh dengan kehendak ayah dan ibunya.

    “Saya menjadi seperti wanita. Pakai baju wanita dan bersekolah menengah pun di sekolah wanita. Namun, saya tidak mampu mengetepikan jiwa dan naluri lelaki yang ada dalam diri saya.



    “Disebabkan tidak mahu melawan cakap orang tua, sampai satu tahap saya mengambil keputusan untuk menjadi wanita yang sejati,” katanya.

    Menurut Suraya, dia berjumpa doktor dan hasil pemeriksaan doktor pakar mengesahkan fizikalnya lebih cenderung kepada wanita biarpun mempunyai alat sulit lelaki dan wanita.

    “Doktor menyarankan saya mengambil pil ‘dexamethasone’ yang berfungsi menambah hormon wanita dalam tubuh saya.

    “Jika mahu jadi lelaki, saya perlu menjalani pembedahan pada alat kemaluan tapi alat sulit lelaki saya tidak boleh berfungsi seperti lelaki lain dan saya juga tidak boleh mendapat zuriat.

    “Disebabkan tidak mahu ‘pening kepala’ saya ikut nasihat doktor dengan makan pil ‘dexamethasone.’ Hasilnya, ciri-ciri wanita mula terserlah pada diri saya. Saya ada buah dada, tetapi tidaklah sempurna seperti wanita sebenar.

    “Suara saya juga berubah daripada garau kepada sedikit halus. Paling mengejutkan, saya datang haid di ketika usia 28 tahun,” katanya.

    Menurut Suraya, malangnya ‘nikmat’ menjadi wanita hanya dirasakannya buat seketika saja kerana selepas lima bulan, dia mendakwa mula menerima kesan sampingan daripada ubat yang diambil.

    “Berat badan saya naik mendadak, tulang dan sendi sakit. Seluruh badan saya sakit, daripada tengkuk sampailah ke kaki. Pemeriksaan doktor juga mendapati tulang saya mereput.

    “Jari tangan, kaki menjadi bengkok, kaki, tangan bengkak, dan tapak kaki menggelupas dan pecah menyebabkan kesakitan sehingga sukar bergerak,” katanya.

    Suraya berkata, dia berkali-kali dinasihatkan doktor supaya menjalani pembedahan tetapi ayahnya tidak membenarkannya kerana bimbang berlaku perkara tidak dingini kepadanya.

    “Disebabkan itu saya banyak bergantung kepada ubat dan menjalani fisioterapi. Bagaimanapun, pada 2000, saya mengalami sakit yang teruk pada bahagian pinggul sebelah kanan.

    “Kerana tiada pilihan saya terpaksa menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul kanan. Pembedahan itu dilakukan pada April 2000,” katanya.

    Menurut Suraya, pada 2006, dalam keadaan masih menderita pelbagai penyakit tulang dan sendi, dia berdepan masalah sakit tulang belakang.

    “Doktor yang merawat saya memberitahu tulang saya mereput dan perlu dibedah. Tulang yang reput itu perlu diganti dengan tulang plastik.

    “Ayah tidak membenarkannya kerana bimbang saya langsung tidak boleh bergerak jika melakukan pembedahan itu,” katanya.

    Suraya berkata, sejak 20 tahun lalu, hospital umpama rumah keduanya kerana dia perlu mendapatkan pelbagai rawatan dan ubat untuk penyakit tulang dan sendi yang dialaminya.

    “Perasaan menyesal kerana memilih mengambil pil berkenaan memang ada, tetapi saya pasrah dan menganggapnya takdir. Derita yang saya tanggung amat perit untuk ditempuh. Fikiran terganggu, perasaan terguris,” katanya.

    Menurut Suraya dia tidak diberitahu kesan pengambilan pil berkenaan oleh doktor yang merawatnya dulu menyebabkan dia tidak berfikir panjang menerima tawaran yang diberi.

    “Mungkin pada tahun itu (1978) doktor tidak arif dengan kesan yang bakal diterima oleh pengguna pil itu. Selepas beberapa tahun barulah saya diberitahu oleh doktor lain bahawa pil berkenaan boleh mereputkan tulang.

    “Saya juga membaca beberapa laporan di akhbar yang turut menyatakan kesan pengambilan pil berkenaan boleh menyebabkan tulang mereput dan sendi rosak,” katanya.

    Suraya berkata, walaupun pil itu menjadi punca kepada penderitaannya, dia tidak boleh berhenti daripada mengambilnya setiap hari.

    “Jika saya tidak makan pil itu, saya tidak boleh bangun dan hanya mampu berbaring. Wajah dan tubuh saya pula dipenuhi bintik merah. Selama tiga hari tidak mengambil pil itu, nyawa saya mungkin melayang. Itu nasihat doktor yang perlu saya patuhi,” katanya.

    Gara-gara penderitaan dialami, dia terpaksa berhenti kerja lebih awal daripada yang sepatutnya dan kini terpaksa menggunakan tongkat dan kerusi roda untuk bergerak.

    “Sudah puas saya menangis. Apa pun saya reda dengan ketentuan Allah SWT. Cuma, saya berasa sangat sunyi,” katanya.

    Suraya kini menetap bersama adiknya di ibu kota dan bercadang untuk pulang ke kampung dan menghabiskan sisa hidupnya di sisi ayah dan ibunya.
    ��
    Links to this post
    4:20 PM | Posted in



    Seekor lembu jantan yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) dan berusia lapan tahun dipercayai paling berat di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

    Haiwan itu memiliki berat 1,587kg selepas ia ditimbang pada tahun lalu tetapi berat sebenar lembu tersebut pada tahun ini masih belum diketahui.

    Lembu jantan tersebut akan ditimbang semula pada satu pertandingan amal yang meminta orang ramai meneka berat haiwan itu.

    Pemilik lembu itu, Arthur Duckett, 79, tidak menyatakan jumlah sebenar berat haiwan itu tetapi memberitahu ia lebih berat pada tahun lalu.

    "Dia (lembu itu) masih membesar. Lembu itu seekor haiwan yang baik. Saya menyukainya," kata Duckett.

    Menurutnya, dia mencabar orang ramai untuk meneka berat sebenar lembu itu pada pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini.

    Category:
    ��
    Links to this post
    4:16 PM | Posted in



    Beberapa pelancong teruja seekor singa memakan daging mentah di atas bonet sebuah jip yang dinaiki mereka di Zoo Werribee di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

    Aksi singa itu merupakan daya tarikan terbaru di zoo tersebut yang dibuka sejak 2006.

    Satu pasangan pelancong, Robyn dan Davin Price yang berumur 34 tahun membawa tiga anak mereka melawat zoo itu pada Jumaat lalu.

    Robyn berkata: "Ia merupakan sesuatu yang mengagumkan. Pada mulanya kami berasa takut."

    Menurut Davin, anak-anaknya cuba untuk menyentuh singa itu.

    "Ia merupakan satu idea yang bijak. Anda tidak pernah berada dekat dengan haiwan yang menakjubkan ini," katanya.
    Category:
    ��
    Links to this post
    4:14 PM | Posted in



    Mahkamah Rayuan semalam menolak permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA yang didakwanya amat penting untuk pembelaannya dalam perbicaraan bagi pertuduhan liwat yang dihadapinya.

    Mahkamah Rayuan menolak rayuan balas Anwar terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan sampel spesimen daripada pengadu dalam kes liwat itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

    Bagaimanapun, Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulaiman Daud dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang sama bagi pihak pendakwaan membekalkan dokumen penting kepada Anwar.

    Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd. Saiful, Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

    Dalam keputusannya, Hakim Hasan berkata, dokumen yang diminta Anwar tidak termasuk dalam ketetapan Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah kerana terdapat batasan bagi pihak pendakwaan untuk membekalkan dokumen tertentu kepada tertuduh.
    Category:
    ��
    Links to this post
    4:05 PM | Posted in



    Hanya selepas sembilan hari diumumkan, kerajaan semalam akhirnya menarik balik cadangan melaksanakan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV) yang sepatutnya bermula tahun depan ekoran bantahan ramai.

    Dasar itu mewajibkan semua kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas menjalani pemeriksaan di Puspakom Sd n. Bhd. sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.

    Kos pemeriksaan itu yang sebanyak RM50 didakwa membebankan golongan berpendapatan rendah selain kesulitan menghantar kenderaan ke Puspakom bagi penduduk di luar bandar.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas negatif mengenai pelaksanaan ELV.

    "Langkah itu (ELV) jelas tidak popular. Kita prihatin kepada masalah rakyat khususnya penduduk kampung yang ada kereta lama dan sebab itulah kita batalkan,'' ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Malaysian Bussiness-CIMA Enterprise Governance Awards 2009 di sini semalam.


    ��
    Links to this post
    10:25 PM | Posted in



    Sejumlah besar burung yang membentuk awan gelap kerana terbang di udara mungkin merupakan satu adegan filem fiksyen sains.

    Bagaimanapun menurut sebuah akhbar semalam, imaginasi itu menjadi realiti di bandar Gretna apabila sejumlah besar burung perling terbang berkumpulan sekali gus membentuk pelbagai imej seperti anjing dan ikan paus di udara.

    Burung itu terbang dalam satu kumpulan besar bagi mengelak menjadi mangsa burung lebih besar semasa kembali ke bandar tersebut pada musim sejuk.

    Seorang anggota Persatuan Diraja Perlindungan Burung, Dr, Andre Farrar berkata: "Burung perling itu sama seperti ikan yang berenang dalam kumpulan besar demi menjaga keselamatan."
    Category:
    ��
    Links to this post
    10:11 PM | Posted in ,


    Seorang eksekutif pemasaran menjadi tidak menentu selepas mengejar dan melanggar seorang peragut sehingga tercampak sebelum mati di Padang Golf Titiwangsa Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini semalam.

    Kejadian pukul 12 malam itu berlaku apabila wanita berusia 28 tahun yang menaiki kereta Perodua Myvi mengejar suspek yang menunggang motosikal selepas telefon bimbit dan beg tangannya diragut di Jalan Pahang di sini.

    Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, sebelum kejadian itu, suspek berusia 29 tahun dari Taman Permai, Negeri Sembilan itu telah menahan kereta mangsa kerana mendakwa wanita tersebut telah melanggarnya.

    "Suspek telah meminta telefon bimbit wanita tersebut kononnya hendak menghubungi seorang saksi yang melihat kejadian itu.

    "Selepas mengambil telefon tersebut, suspek kemudiannya telah merampas beg tangan wanita itu yang diletakkan di atas paha sebelum melarikan diri.

    "Mangsa yang sakit hati telah mengejar suspek hingga sampai ke jalan mati di kawasan Taman Tasik Titiwangsa,'' katanya di sini semalam.

    Tambahnya, mangsa kemudiannya telah melanggar motosikal suspek hingga menyebabkan lelaki itu tercampak lalu tersangkut pada pagar besi padang golf tersebut sebelum mati.
    ��
    Links to this post


    Fiq OnlinE Story

    Click Here




    Langgan Blog ini ke email anda, Secara PERCUMA!
    Masukkan email Anda :

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner


    Subscribe to Fiq OnlinE Story by Email