MY Labels

1 Malaysia (11) 18 SX (13) Aaron Aziz (2) Abby Abadi (6) Aduan Rakyat (6) AIM (2) Air Kencing Tikus (1) Airasia (3) Aishwarya Rai (1) Aizdean (1) Akedemi Fantasia (19) Akta 118 (3) Aminulrasyid Amzah (1) Ammar Alfian Aziz (1) Anak Artis (6) Anang Hermansyah (1) Anugerah Bintang Popular (6) Anugerah Malaysia (43) Anwar Ibrahim (26) Ariel Peterpan (1) Ariff Alfian Rosli (1) Artis Bertudung (6) Artis Bertunang (6) Artis seksi (6) Awal Ashaari (1) Aznah Jamil (1) Barisan Nasional (2) Bersih (4) Blog For FT (2) Blogger (1) BN Youth Volunteers 2012 (3) Boycott Google (1) Buang Bayi (8) Cara Membuat Blog (1) Cerpen Dan Puisi (7) cinta (1) Cuepacs (1) Cut Tari (1) Dalam Negeri (327) Datuk Sosilawati (1) Digi (3) Duda (1) Ekonomi (19) Erra Fazira (1) Euro 2012 (1) Facebook (5) Fafau (1) Fahrin Ahmad (3) Farau (1) Fasha Sandha (4) Felda (1) Fesyen Artist (18) Gambar Artis Cun (52) Gambar Baby Artis (3) Gambar Bulan Madu (1) Gambar Pelik (14) Gangnam Style (1) Georgetown (1) Gerakan Belia 4B (4) Gossip Panas (364) Harga Minyak (3) Hari Belia Negara (1) Hiburan (455) Ibu (2) Influenza H1N1 (9) ISA (3) Islam (5) Isu Gay (16) Isu Mak Nyah (13) Isu Pelacur (2) Isu Pengkid (6) Isu Semasa (216) IT Computer (4) Japan Tsunami (2) Jawatan Kosong (125) Jus Diet Mate 5 (2) K-pop (1) Kakitangan Kerajaan (13) Kemalangan Jalanraya (1) Keputusan Vote (15) Kerajaan Malaysia (42) Kes Benjy (2) Kes Bunuh (4) Kes Dadah (2) Kes Khalwat (6) Kes Liwat (3) Kes Penceraian Artis (36) Kes Penderaan (1) Kes Polis (122) Kes Rogol (9) Kesihatan (37) Khunsa (1) Kris Dayanti (2) Kuching (2) Kuih Kapit (1) Lady Gaga (2) Lahad Datu (4) Laser Cik Gayah Kebaya (25) Lawak (6) Layan Album (13) Layan Drama (17) Layan Filem (24) Layan Taufan (8) Lelaki (2) Luar Negara (361) Luna Maya (2) Maksiat (2) Mania Astro (2) Marshanda (1) Mat Rempit (3) Mawi (3) Melodi Tv3 (5) Meninggal Dunia (8) Mentor (12) Mface (1) Michael Jackson (4) Mizz Nina (2) My Starz LG (4) Nafkah (1) Najib Razak (9) Nak Kurus (1) Neelofa (3) Nick Pitera (1) Nik Aziz Nik Mat (1) Nora Danish (2) Nuklear (2) Nur Fazura (1) OIAM (16) Orang Terkaya di Malaysia (2) Pakatan Rakyat (19) Palestine Gaza (9) PAS (3) Pelaburan SwissCash (1) Penang (12) Pendidikan (5) Pengetahuan (102) Pengganas Sulu (4) Pengurusan Kewangan (3) Perhimpunan Oren (1) Perkahwinan Artis (34) Personal (54) Perspektif Islam (33) Pewaris (2) Piala FA (1) PKR (2) Politik (177) Prihal Artis (243) Profile Artis (7) Projek Perumahan Terbengkalai (3) Promosi (31) Proton Inspira (1) PRU 13 (4) PTPTN (2) Pusat Inovasi (3) Putrajaya (7) Ramadhan (5) Resepi Masakan (4) Rita Rudaini (2) Rosmah Mansor (1) Rossa (1) Rozita Che Wan (12) Rumah Urut (1) Saiful Bukhari (1) Saman (13) Sarawak (1) Shila Amzah (2) Simplysiti (10) Siti Nurhaliza (88) Sukan (23) Sumpah Laknat (1) Syabas (1) Syawal (2) Tabung Amal (1) Tanah Runtuh (2) Teater (1) Teka Wajah Artis (6) Telur Tiruan (1) Tips Diet (8) TOP SUPERB BLOGGER (9) Tun Mahathir (33) TV 3 (9) Ubat Kuat (1) UMNO (17) Uncle Seekers (1) Video Pilihan (31) Video Seks (6) Wardina (3) World Cup 2010 (1) Yasmin Ahmad (9) Youtube (12) Ziana Zain (6)


SELAMAT DATANG KE BLOG FIQ ONLINE.
www.fiq-life.blogspot.com



Parti mana yang akan Menang Besar PRU 13?

13 July, 2009

Gambar Norman Hakim Koma Di Hospital?




Biar betul. Tapi jika melihat pada gambar di atas, lelaki yang terlantar itu memang Norman Hakim, dengan ‘braces’ di leher dan kecederaan di dahi. Norman terlibat dalam kemalangan jalanraya ke? Atau dipukul?

Sebelum ada yang panik tu, gambar ini sekadar propa je, sempena pelancaran drama online terbaru di GUA.COM, ‘Jelma 2’ yang bakal menemui pelayar Internet pada 6 Julai ini.




Rosyam Nor Patah Tulang Bahu Kerana Filem Libas




HAAAAAAA??? TUP TIP TOP mendengar desas-desus terhadap kemalangan yang menimpa Rosyam Nor tempoh hari. Beliau di’katakan patah tulang bahu sewaktu berlangsung’nya rakaman filem Libas. Kata mereka yang melihat, kemalangan tersebut berlaku tatkala Rosyam Nor sedang melakukan babak bermain sepak takraw. Pada kami, mungkin beliau tidak biasa bermain sepak takraw. Apa pun, kami doakan agar Rosyam Nor cepat sembuh. Amin

JAWATAN KOSONG DI BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia

JAWATAN:
1. PEGAWAI BERITA S41 (TETAP)
Kelayakan:
* Calon haruslah memiliki kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajan atau setaraf dengannya
* Kredit dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
* Mempunyai kemahiran yang baik di dalam penulisan Bahasa Malaysia dan Inggeris
* Mempunyai pengalaman di dalam bidang kewartawanan sebagai satu kelebihan

2. PEGAWAI BERITA S27 (TETAP)
Kelayakan:
* Calon haruslah memiliki kelayakan di peringkat Diploma Komunikasi Massa yang diiktiraf oleh Kerajan atau setaraf dengannya
* Kredit dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
* Mempunyai kemahiran yang baik di dalam penulisan Bahasa Malaysia dan Inggeris
* Mempunyai pengalaman di dalam bidang kewartawanan sebagai satu kelebihan

3.PEGAWAI BERITA S17 (TETAP)
Kelayakan:
* Calon haruslah memiliki kelayakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya
* Kredit dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
* Mempunyai kemahiran yang baik di dalam penulisan Bahasa Malaysia dan Inggeris
* Mempunyai pengalaman di dalam bidang kewartawanan sebagai satu kelebihan

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil ke alamat seperti di bawah:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
28 Jalan 1/65A, Off Jalan Tun Razak
50700 Kuala Lumpur.

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.bernama.com
http://www.bernama.com/bernama/misc/vacancy/job_ads.html

Tarikh Tutup : 24 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH GERIK (MDGERIK) PERAK

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

1. Jawatan : Skim Perkhidmatan Singkat
Pembantu Kesihatan Awam U17
(Kawalan penyakit bawaan vektor dan keselamatan Makanan)

2. Kelayakan : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

3. Umur : 18 tahun keatas / bekas pesara kerajaan

4. Warganegara : Malaysia

5. Jantina : Lelaki / Perempuan

6. Tempat bertugas : Majlis Daerah Gerik

7. Bayaran Perkhidmatan : RM 1200 sebulan

8. Kemudahan lain :
Pelepasan dari bertugas selama 12 hari dalam setahun
Pelepasan bertugas kerana sakit berjumlah 10 hari, maksimum dalam setahun
Tuntutan kerana menjalankan tugas rasmi bersamaan Gred 17 (kecuali elaun lebih masa)

9. Syarat-syarat khas : Sihat tubuh badan & Bersedia bekerja mengikut syif

DOWNLOAD BORANG:
http://www.ziddu.com/download/5580888/BorangJawatanMDGerik.pdf.html

Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat berikut:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH GERIK
JALAN HJ MEOR YAHYA
33300 GERIK
PERAK DARUL RIDZUAN

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.gerik.gov.my

Tarikh Tutup : 30 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1.Pegawai Psikologi S41
2.Pegawai Pemulihan Perubatan U41
3.Juruaudit W41
4.Pembantu Akauntan W17
5.Penyelia Asrama N17
6.Juruteknik Komputer FT17
7.Tukang K2
8.Pekerja Rendah Awam Khas (Tukang Jahit) R3
9.Pekerja Rendah Awam R1

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.ziddu.com/download/5579911/IklanJawatanPPUM2009.pdf.html

DOWNLOAD SYARAT JAWATAN:
http://www.ziddu.com/download/5579910/SyaratJawatanPPUM2009.pdf.html

DOWNLOAD CARA MEMOHON:
http://www.ziddu.com/download/5579909/PanduanMemohonJawatanPPUM.pdf.html

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://spj.ummc.edu.my/

Tarikh Tutup : 27 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1.PEGAWAI TADBIR GRED N41
2.PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41
3.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
4.JURUTERA ELEKTRIK GRED J41
5.AKAUNTAN GRED W41
6.PEMBANTU UNDANG-UNDANG GRED L29
7.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
8.PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J29
9.PENOLONG JURUTERA GRED J29
10.PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27
11.PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
12.PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E27
13.PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
14.JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17
15.JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J17
16.JURUTEKNIK (ELEKTRIK) GRED J17
17.JURUTEKNIK (MEKANIKAL) GRED J17
18.PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) GRED N17
19.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17
20.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
21.PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17
22.PEMBANTU JURUAUDIT GRED W17
23.PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17
24.PEMERIKSA KERETA MOTOR GRED A17
25.PEMBANTU BELIA DAN SUKAN GRED S17
26.PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED E17
27.PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP17
28.PEMBANTU LAUT GRED A17
29.PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
30.TUKANG K2 (ELEKTRIK) GRED R11
31.TUKANG K2 (PAIP) GRED R11
32.TUKANG K3 (KAYU) GRED R9
33.PEMANDU KENDERAAN GRED R3

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.ziddu.com/download/5580279/IklanJawatanLADA2009.pdf.html

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN:
http://www.ziddu.com/download/5580278/BorangJawatanLADA.pdf.html

Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:

Pengurus Besar
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p: Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.lada.gov.my

Tarikh Tutup : 12 Ogos 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1.PEGAWAI PERUBATAN UD53
2.PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA J41
3.ARKITEK LANDSKAP J41
4.PEGAWAI TADBIR N41
5.PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
6.PEMBANTU TEKNIK J29
7.PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA J29
8.PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27
9.PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
10.PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) N17
11.JURUTEKNIK J17
12.JURUTEKNIK LANDSKAP J17
13.PEMBANTU AM PEJABAT N1
14.TUKANG K3 R9
15.PEKERJA AWAM R1
16.PENGHANTAR NOTIS N3

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.ziddu.com/download/5580807/IklanJawatanMPPP2009.pdf.html

DOWNLOAD BORANG:
http://www.ziddu.com/download/5580808/BorangJawatanMPPP.pdf.html

Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Majlis Perbandaran Pulau Pinang,
Tingkat 17, KOMTAR,
10675 Pulau Pinang.

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.mppp.gov.my

Tarikh Tutup : 21 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS TINDAKAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-Pegawai Tadbir (N41)

Status : Kontrak
Kekosongan : 1

CARA MEMOHON :
Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara on-line di:
http://www.jobsmalaysia.gov.my

MAJLIS TINDAKAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU
NO. 6B,C &D, WISMA MBKT
JALAN HILIRAN,
20300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
No. Telefon : 09-6264946
Nombor Faks : 09-6261946
Laman Web : http://motour.gov.my

Tarikh Tutup : 23 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Pegawai Tadbir N41
2. Pegawai Pertanian G41
3. Akauntan W41
4. Pegawai Teknologi Maklumat F41
5. Jurutera J41
6. Pegawai Undang-Undang L41
7. Penolong Pegawai Pertanian G27
8. Penolong Akauntan W27
9. Pembantu Teknik J29
10.Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)
11.Pembantu Pertanian G17
12.Pembantu Tadbir (Kewangan) W17

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.ziddu.com/download/5582575/IklanJawatanRISDA22009.pdf.html

DOWNLOAD CARA MEMOHON:
http://www.ziddu.com/download/5582576/CaraMemohonRISDA.pdf.html

Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara on-line di: http://www.jobsmalaysia.gov.my

Tarikh Tutup : 31 Julai 2009

Black & Mas Idayu Juara Mentor 3




DI awal perjalanan program Mentor musim ketiga ini, tidak dinafikan kredibiliti Mas Idayu yang dipilih sebagai salah seorang mentor kali ini pernah 'dipertikaikan' oleh sesetengah pihak.

Kemunculan Mas di pentas Mentor buat pertama kalinya bersama rotan di tangan, dengan memperkenalkan Black atau nama sebenarnya Hanifah Md.Hanafiah sebagai protege kira-kira tiga bulan lalu sememangnya tidak terlepas mendapat 'reaksi' negatif oleh sesetengah pihak.



Ada yang mempersoalkan, mampukah dia mendidik protege itu untuk menjadi penyanyi dan penghibur yang mempunyai potensi cerah di dalam bidang ini sedangkan dia hanyalah seorang penyanyi dangdut?

Ternyata Mas berjaya menghakis persepsi tersebut setelah anak didiknya itu dinobatkan sebagai juara Mentor musim ketiga, pada peringkat akhir program itu yang berlangsung di Auditorium MBSA, semalam.



Black berjaya memungut peratusan tertinggi iaitu 75 peratus dan mengetepikan dua lagi finalis iaitu Chaq, protege kepada Ajai yang memenangi tempat kedua dan Fira, protege kepada Lah Ahmad yang mendapat tempat ketiga.

Dengan kemenangan tersebut, peserta berusia 22 tahun itu membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM100,000 dan kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva, manakala Mas juga turut menerima 'habuan' atas usahanya itu dengan meraih RM100,000.

"Saya bersyukur jika kemenangan Black ini dapat mengubah persepsi orang terhadap saya. Namun, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa saya memulakan karier nyanyian saya bukan menerusi dangdut, tetapi pop.



"Saya sebenarnya ingin menjadi seorang yang versatile, sama seperti apa yang saya harapkan pada Black. Dan saya amat gemarkan muzik jazz.

Secara keseluruhannya, Black menerima 287,000 undian SMS diikuti dengan Chaq sebanyak 57,000 dan Fira 42,000. Namun, menerusi markah yang diberikan oleh juri awam, Chaq mengutip markah tertinggi iaitu 19, diikuti Black dengan 14 markah dan Fira sebanyak 13 markah.

Markah yang diberikan oleh juri profesional bagaimanapun tidak didedahkan. Namun, pihak penerbitan berkata, markah juri profesional juga lebih memihak kepada Black.

12 July, 2009

Dua beradik perempuan yatim dituduh anak iblis





Penyakit Aids dideritai mereka sungguh menyeksakan, namun hinaan dan kejian masyarakat sekeliling yang jahil semakin menambah penderitaan dua beradik perempuan yatim piatu berusia 13 dan lapan tahun itu.

Mahu dikenali sebagai Nana, dia bersama adiknya, Nani pernah makan sisa nasi dibuang jiran kerana terlalu lapar selepas nenek mereka tidak mampu menyediakan makanan.

“Malah, saya pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak tahan menanggung derita penyakit ini, ditambah lagi dengan sikap jiran dan kawan yang selalu menghina kami,” kata Nana.

Dalam usia mentah dan masih ‘merangkak’ untuk mengenal dunia, setiap hari dunia kehidupan dua beradik itu terpaksa dilalui dengan penuh liku sejak disahkan dijangkiti virus HIV daripada ibu mereka.

Saban hari kedengaran di telinga mereka pelbagai ejekan, tohmahan serta cacian oleh masyarakat sekeliling dan penghinaan paling pedas pernah didengar Nana ialah gelaran ‘Anak iblis dan syaitan (Aids)’.

“Gelaran itu disebut oleh seorang penduduk kampung ketika saya berjalan kaki ke sekolah. Mungkin bagi mereka gurauan, tapi mereka tidak tahu betapa sedih dan terasa hinanya saya apabila digelar begitu,” katanya.

Menurutnya, sejak kejadian itu yang berlaku awal tahun ini, dia jarang pergi ke sekolah kerana terlalu malu dan tidak mampu lagi menahan cercaan masyarakat.

Adiknya, Nani hanya terpinga-pinga ketika menerima pelbagai kejian masyarakat, lantaran masih ‘berhingus’ serta tidak mengerti bahana penyakit Aids yang dideritainya.

Menceritakan detik hitam kehidupan mereka, Nana berkata, segala-galanya bermula apabila ibu mereka meninggal dunia akibat Aids, sebulan selepas kematian bapa yang turut menghidap penyakit sama berikutan terbabit dalam penagihan dadah.

Ketika ibu menghembuskan nafas terakhir, Nana baru berusia lapan tahun manakala Nani berusia dua tahun dan belum puas merasai belaian seorang ibu.

“Saya diberitahu doktor yang saya menghidap Aids ketika usia tujuh tahun. Ketika itu saya rasa macam biasa saja sebab masih kecil dan tak tahu apa-apa. Lagipun, emak masih ada,” katanya.

Mulanya hal terbabit turut dirahsiakan ibunya kerana bimbang maklum balas negatif keluarga dan orang kampung.

Namun, rahsia itu terbongkar apabila ibu bapanya meninggal dunia setahun kemudian dan sejak itu kehidupan dua beradik berkenaan terus berubah.

“Seminggu selepas emak meninggal dunia, anak jiran mula menjauhkan diri dan tak mahu bermain dengan saya. Malah, saya beberapa kali ditolak oleh seorang rakan hingga berdarah kepala lutut ketika hendak bermain ‘teng teng’ dengan mereka.

“Bermula hari itu saya hanya bermain seorang diri di rumah tanpa teman. Hendak bermain dengan adik (Nani), pada masa itu dia masih kecil,” katanya sebak.

Meneruskan perbualannya, menurut Nana, di sekolah pula dia dipulaukan rakan dan diperlakukan seperti pesalah apabila disuruh duduk seorang diri di belakang sekali dalam kelas.

“Ini berlarutan hingga saya mencecah usia 11 tahun dan pada waktu itu saya banyak tahu mengenai bahaya Aids. Jadi, saya lebih suka berkurung dalam rumah kerana malu.

“Dalam sebulan saya hanya pergi ke sekolah seminggu, itupun bergantung kepada keadaan berikutan tidak tahan ejekan dan sindiran rakan. Pernah saya diejek oleh mereka yang mengatakan saya akan mati tidak lama lagi, sama seperti ibu,” katanya.

Nana bagaimanapun menggagahkan diri ke sekolah ketika berusia 12 tahun untuk menghadapi Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR).

“Saya tidak pernah masuk mana-mana kelas tambahan disebabkan nenek tidak mampu membayar yuran bulanan, selain malu dengan keadaan diri saya yang semakin kurus.

“Sebaik selesai menduduki peperiksaan itu, saya terus tidak ke sekolah kerana semakin lemah dan tidak bermaya,” katanya.

Lebih menyayat hati, disebabkan dia dan adiknya menghidap Aids, tidak seorang pun anggota keluarga daripada sebelah ayah mahupun ibunya mahu menjaga mereka, mungkin disebabkan bimbang dijangkiti.

Berikutan itu, mahkamah menyerahkan hak penjagaan dua beradik terbabit kepada nenek mereka yang berusia 70 tahun walaupun hakikatnya warga emas berkenaan kurang berkemampuan menyempurnakan tanggungjawab itu.

“Kami hidup susah dan serba kekurangan kerana nenek hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 sebulan untuk menyara saya dan adik.

“Disebabkan itu saya selalu ikat perut semata-mata ingin memberi makan kepada adik. Pernah juga kami dua beradik makan sisa nasi yang dibuang oleh jiran kerana terlalu lapar,” kata Nana sambil menitiskan air mata.

Pada pertengahan 2007, Nana dan Nani bernasib baik kerana diketemukan dengan Zaimah Hussain, pengurus Rumah Masyarakat Prihatin (RMP), satu badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan pesakit Aids, termasuk ibu tunggal di Kelantan.

Sejak itu dua beradik malang itu dan juga nenek mereka tinggal di RMP. Selain diberi kemudahan makanan serta tempat tinggal, Nana dan Nani diberi ubat-ubatan dan rawatan sewajarnya sebagai pesakit Aids.

Hujung tahun lalu ketiga-tiganya berpindah ke rumah seorang saudara sebelah ibu selepas wanita itu menyatakan kesediaan untuk memikul tanggung jawab menjaga mereka.

Kini, sekali dalam seminggu atau dua, dua beradik itu pergi ke RMP untuk mengambil ubat dikenali sebagai ‘Highly Active Anti Retro Viral Theraphy (HAARVT) dan menjalani sesi kaunseling.

“Mereka kata ubat yang saya ambil itu boleh melemahkan virus HIV dalam tubuh kami. Biarpun harapan kami untuk hidup seperti orang lain mungkin tipis, saya tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah.

“Saya berdoa supaya Allah sembuhkan penyakit saya dan adik secepat mungkin. Kami tidak tahan lagi menanggung derita kerana selalu dicemuh masyarakat,” katanya yang kini mengikuti kursus jahitan di RMP.



Bulan madu aktres Catriona Ross dengan Shaharuddin Mokhtaruddin







PERCUTIAN bulan madu aktres Catriona Ross dengan Shaharuddin Mokhtaruddin digambarkan lebih menarik dan istimewa apabila mereka akan diarak dengan kereta kuda semasa tiba di Puncak Gunung Jerai, Kedah.

Pakej bulan madu yang dijangka berlangsung selama dua hari, tiga malam itu ditaja oleh The Regency Gunung Jerai Resort.

Hal tersebut dimaklumkan oleh pihak Regency dengan dibantuoleh YSA Wedding Consultant selaku perunding perkahwinan pasangan ini.

Dalam pada itu, Cat dan Shahar yang meraikan perkahwinan mereka dengan tema 'taman inggeris’ memaklumkan mereka akan berbulan madu ke destinasi kedua itu selepas bercuti di Pulau Pangkor nanti.

“Saya dijangka akan berehat sehingga hujung bulan ini dan mahu menghabiskan masa bersama suami pada minggu pertama ini.

“Kami telah merancang untuk berbulan madu ke Pangkor Laut dalam masa terdekat ini sebelum ke Gunung Jerai.

“Selepas Raya nanti, baru kami akan menyambung berbulan madu ke Itali,” kata Cat ketika majlis resepsi perkahwinannya yang ketiga di Bora Ombak, Ampang malam tadi.

Cat berkata, sebolehnya dia mahu kembali aktif dalam aktiviti seni secepat mungkin namun dia lebih suka menghabiskan masa dengan suaminya dahulu tambahan pula dia belum sempat memasak untuk Shahar.



“Memang saya ada dapat tawaran berlakon sekarang tetapi terpaksa tolak lagipun kami merancang untuk berpindah masuk ke rumah sendiri.

“Saya juga belum sempat untuk masak secara ‘betul-betul’ untuk suami kerana ibu mertua saya suka sediakan pelbagai juadah untuk anak dan menantunya,” cerita Cat yang begitu gembira apabila dapat merealisasikan majlis perkahwinan impiannya.

Setakat ini, pasangan yang bernikah pada 26 Jun lalu ini tinggal di rumah keluarga Shahar sebelum menginap di rumah sendiri bermula minggu hadapan.

Luah Cat, “Saya berasa bangga sebab majlis pada malam ini merupakan projek peribadi saya yang dirancang sejak November tahun lalu.

“Segala persiapan saya lakukan sendiri dengan bantuan penjual bunga dan pereka pelamin.

“Maknanya, saya juga mampu membuat yang terbaik tanpa ada perunding perkahwinan.

“Saya rasa majlis ini sangat romantik dan terlalu menyukainya.

“Kami memang berhajat untuk menghadiahkan majlis ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang hadir.

“Alhamdulillah, ramai rakan artis yang hadir kerana mereka tidak dapat datang semasa resepsi di Kelantan (sebelah Cat) dan Wangsamaju (sebelah Shahar) sebelum ini,” kata Cat mengenai majlis yang dihadiri oleh hampir 400 tetamu itu.

Antara tetamu yang hadir adalah bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Azmi Khalid dan isteri, Datin Seri Normala Samsudin; Noniswara, Norish Karman, Arni Nazira, Mawi dan isteri, Ekin; Aein, Ako Mustapha, Julie Dahlan, Wardina Safiyah, Serina Redzuwan, Riezman Khuzaimi, Adam Hamid dan Linda Onn.



Ditanya tentang kehidupan mereka selepas dua minggu bergelar suami dan isteri, Cat sambil tersenyum ceria berkata dia sangat bahagia hidup bersama suaminya.

Sementara Shahar pula berkata dia masih terasa bagaikan ‘mimpi’ walaupun sudah bergelar suami Cat.

“Macam ‘fairy tale’,” luah Shahar ringkas.

Shahar menambah, dia menyenangi Cat kerana senang berkomunikasi dengan isterinya itu.

Cat pula mencelah, “Kami memang berbeza kerana saya jenis suka merancang tetapi dia (Shahar) pula suka melengah-lengahkan.

“Kadangkala, dia membuatkan saya relaks dan tidak terlalu mementingkan kesempurnaan.”

Majlis itu bermula pada pukul 9 malam dengan upacara merenjis, memotong kek yang dibuat oleh Chef Liza, persembahan nyanyian, persembahan multimedia istimewa melibatkan Cat dan Shahar, makan beradab dan memberikan ucapan daripada pasangan mempelai.

Cat kelihatan anggun menggayakan gaun pengantin dengan rekaan klasik oleh Faizal Asyraf manakala disolek oleh Iss daripada Pesona Sri Pengantin, Klang.

Gambar Datuk Seri Azmi Khalid dan Datin Seri Normala Samsudin di Perkahwinan aktres Catriona Ross dengan Shaharuddin Mokhtaruddin.








Antara tetamu yang hadir iaitu bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Azmi Khalid dan isteri, Datin Seri Normala Samsudin.


Elyana Bertunang dengan Khairul







BIARPUN hubungan cinta kedua-dua pasangan ini pernah dilanda masalah hingga mereka terpaksa berpisah beberapa bulan, namun atas dasar cinta yang kuat Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal bersama pasangannya Khairul Anuar Haji Husin bertunang semalam dalam majlis yang sederhana.

Elyana-Khairul pernah saling melamar sebelum mereka mengambil keputusan untuk bertunang.

"Saya ada melamar Khairul, Khairul pun ada melamar saya. Seingat saya masa kami saling lamar-melamar itu pada akhir tahun lepas.

"Semua ini adalah hikmah dari masalah perhubungan kami yang berlaku. Pada satu hari saya terfikir yang saya perlu buat sesuatu dalam hubungan kami, jadi saya ambil keputusan lamar dia(Khairul)," jelas Elyana yang popular dengan lagu Kalis Rindu ini.

Tambah Elyana juga, setiap perselisihan faham yang berlaku dalam hubungan cinta mempunyai sebab dan hikmahnya sendiri.

"Sebelum hubungan kami dilanda masalah, saya tak sedar langsung akan kebaikan yang kami ada dalam hubungan kami, bila tiba-tiba kami berpisah baru saya terasa kehilangan dan saya sedar betapa berharganya Khairul dalam hidup saya," kata Elyana.





Khairul yang telah menjadi pilihan hati Elyana turut ditemuramah media dan mengatakan dia telah melamar Elyana sebanyak tiga kali.

"Kali pertama saya lamar dia(Elyana) pada dua tahun lepas, tapi masa itu dia masih muda lagi jadi lamaran saya tidak diterima. Kali kedua pada tahun lepas dan kali ketiga pada akhir tahun lepas.

"Lamaran kali ketiga itulah kami saling melamar dan lamaran saya telah diterima pada waktu itu. Pada waktu saya dilamar Elyana, saya sangat tak sangka, saya terkejut dan terharu waktu itu," kata Khairul yang mengusahakan sebuah resotran makanan Jepun di Bangsar.

Elyana juga mengatakan dia telah bersedia untuk menjadi isteri kepada Khairul dan memiliki sebuah keluarga.

"Saya sangat-sangat bersedia untuk menjadi seorang isteri. Saya telah lama inginkan sebuah keluarga dan hari ini adalah hari yang saya tunggu-tunggu.

"Bagaimanapun, saya masih ada perasaan takut dan gembira. Saya gembira kerana saya telah menjelajah ke alam baru dan takut jika saya tidak dapat berikan yang terbaik kepada pasangan saya nanti," kata penyanyi dan pelakon ini.

Bagi Khairul pula, majlis pertunangan ini adalah hari yang ditunggu-tunggunya dan wajah kegembiraan terpancar diwajahnya.

"Saya happy sangat2...saya harap semuanya akan berjalan lancar," kata Khairul.

Pasangan ini turut ditanya berkenaan konsep perkahwinan mereka nanti dan mereka lebih gemar kepada konsep yang sederhana tetapi masih tidak mahu menceritakan kerana ingin membuat kejutan.



Pasangan ini mula berkenalan pada 9 April 2006 dan kini sudah hampir tiga tahun mereka berkenalan. Khairul pada mulanya langsung tidak mengetahui Elyana adalah seorang artis.

Elyana juga tidak memperkenalkan dirinya seorang artis, sebaliknya mengatakan dia hanya membantu ibunya menjual 'Tupperware'.

Sifat ceria dan nakal yang ada pada Elyana inilah yang telah berjaya menawan hati Khairul untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Majlis pertunangan Elyana hari ini telah dilangsungkan dalam majlis yang sederhana di Jeumpa D'ramo yang bertempat di Bangsar. Konsep yang dipilih oleh Elyana sekeluarga adalah 'Glam Punk Traditional Contemporary'.

Majlis pertunangan Elyana juga nampak berseri dengan sentuhan dan gabungan idea kreatif dari dua pakar dalam industri fesyen, Datin Lynda Rahim dari Butik Lynda Rahim Kuala Lumpur dan Zery Zemry dari Butik Zery Zemry Couture, Shah Alam yang turut menaja pakaian Elyana pada hari ini.

Elyana juga telah memilih Saidatulnisa sebagai jurusoleknya.

11 July, 2009

Rita Rudaini Selamat Lahirkan Anak Sulung



Tahniah Fiq Online ucapkan pada Rita Rudaini dan suami Aidil Zafuan atas kelahiran anak lelaki sulung mereka pagi Rabu lalu.

Bayi seberat 2.9kg itu diberi nama Aidit Rayyan Rizqin. Diharapkan kehidupan rumah tangga mereka selepas ini lebih bahagia dan sempurna.


JAWATAN KOSONG DI FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN, UPM

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
- Pembantu Tadbir (P/O)(N17)

Kekosongan: 2 orang (Lelaki sahaja)

DOWNLOAD BORANG:
http://www.ziddu.com/download/5436385/BorangJawatanUPM.pdf.html

Sila hantar permohonan kepada:

Pejabat Timbalan Pendaftar
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
(u.p: Pn. Noriani Samah)

Tarikh Tutup : 14 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

DOWNLOAD BORANG:
http://www.ziddu.com/download/5436385/BorangJawatanUPM.pdf.html

Sila hantar permohonan kepada:

Dekan
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor

Tarikh Tutup : 15 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM (YPKDT)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
Keutamaan kepada Rakyat Negeri Johor.

JAWATAN:
-Penolong Akauntan (W27) Kontrak

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN:
http://www.ziddu.com/download/5546080/BorangJawatanYPKDT.doc.html

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.ypkdt.org.my

Tarikh Tutup : 31 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) - Gred N17

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.ziddu.com/download/5504124/IklanJawatanMPC2009.pdf.html

DOWNLOAD BORANG:
http://www.ziddu.com/download/5504123/BorangJawatanMPC.pdf.html

Borang permohonan yang telah diisi lengkap hendaklah dimajukan kepada:-

Ketua Pengarah
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Peti Surat 64, Jalan Sultan
46904 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.mpc.gov.my

Tarikh Tutup : 13 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA (MATRADE)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Pegawai Ehwal Ekonomi - Gred E41
2. Pegawai Teknologi Maklumat - Gred F41
3. Juruteknik - Gred J17

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.ziddu.com/download/5484985/JawatanKosongMATRADE2009.pdf.html

CARA MEMOHON :
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan secara on-line di:
http://www.jobsmalaysia.gov.my

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.matrade.gov.my

Tarikh Tutup : 17 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI INSTITUT DIPLOMASI & HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PENGARAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN & KORPORAT GRED 54
2. KETUA UNIT GRED 52
3. KETUA PENOLONG PENGARAH GRED 48
4. GURU BAHASA INGGERIS GRED 48
5. PENOLONG PENGARAH GRED 44
6. PENOLONG PENGARAH GRED 41
7. GURU BAHASA GRED 41

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.ziddu.com/download/5485054/JawatanKosongIDFR2009.pdf.html

CARA MEMOHON:
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan resume dan salinan sijil yang diakui sah dan juga gambar berukuran pasport yang terbaru dan dialamatkan kepada:

EXECUTIVE CHAIRMAIN
INSTITUTE OF DIPLOMACY AND FOREIGN RELATION (IDFR)
JALAN WISMA PUTRA
50460 KUALA LUMPUR

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.idfr.gov.my

Tarikh Tutup : 25 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
Kampus Kejuruteraan
1/1. Juruteknik J17
2/2. Juruteknik J17
3/3. Juruteknik J17
4/4. Juruteknik J17
5/5. Juruteknik J17
6/6. Juruteknik Komputer FT17
7/7. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
8/8. Pegawai Penyelidik Q41
9/9. Pegawai Sains C41
10/10. Pekerja Awam R1
11/11. Pelukis Pelan J17
12/12. Pembantu Akauntan W17
13/13. Pembantu Keselamatan KP17
14/14. Pembantu Pembedahan Pergigian U17
15/15. Pembantu Pertanian G17
16/16. Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) N17
17/17. Pembantu Teknik J29
18/18. Tukang K3 R9

Kampus Induk
1/19. Ahli Fotografi B17
2/20. Arkitek J41
3/21. Artis Budaya B31
4/22. Jururawat U29
5/23. Juruteknik J17
6/24. Juruteknik J17
7/25. Juruteknik J17
8/26. Juruteknik Komputer FT17
9/27. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
10/28. Jurutera J41
11/29. Juruukur Bahan J41
12/30. Pegawai Belia Dan Sukan S41
13/31. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
14/32. Pegawai Kebudayaan B27
15/33. Pegawai Kewangan W41
16/34. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
17/35. Pegawai Penerbitan N41
18/36. Pegawai Penyelidik Q41
19/37. Pegawai Penyelidik Sosial N41
20/38. Pegawai Pergigian U41
21/39. Pegawai Perubatan UD41
22/40. Pegawai Sains C41
23/41. Pegawai Sains C41
24/42. Pegawai Sains C41
25/43. Pegawai Teknologi Maklumat F41
26/44. Pekerja Awam R1
27/45. Pembantu Farmasi U29
28/46. Pembantu Juruenjin Laut/Juruenjin Laut A11
29/47. Pembantu Muzium S17
30/48. Pembantu Pembedahan Pergigian U17
31/49. Pembantu Penerbitan N17
32/50. Pembantu Penyelidik Sosial N17
33/51. Pembantu Perpustakaan S17
34/52. Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) N17
35/53. Pembantu Teknik J29
36/54. Pembantu Teknik J29
37/55. Pembantu Teknik J29
38/56. Pembantu Veterinar G17
39/57. Pengawal Keselamatan KP11
40/58. Penolong Akauntan W27
41/59. Penolong Juruaudit W27
42/60. Penolong Pegawai Penerbitan N27
43/61. Penolong Pegawai Perpustakaan S27
44/62. Penolong Pegawai Sains C27
45/63. Penolong Pegawai Sains C27
46/64. Penolong Pegawai Sains C27
47/65. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
48/66. Penolong Pengurus Asrama N27
49/67. Penyelia Asrama N17
50/68. Perangkawan E41
51/69. Pereka B41
52/70. Pustakawan S41
53/71. Serang A17
54/72. Tukang K2 R11
55/73. Tukang K3 R9

IPPT
1/74. Jururawat U41
2/75. Juruteknik J17
3/76. Juruteknik Perubatan U19
4/77. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
5/78. Pegawai Penyelidik Q41
6/79. Pegawai Perubatan UD41
7/80. Pegawai Perubatan UD47/UD48
8/81. Pegawai Perubatan UD51/UD52
9/82. Pegawai Perubatan UD53/UD54
10/83. Pegawai Tadbir N41
11/84. Pegawai Teknologi Makanan C41
12/85. Pegawai Teknologi Maklumat F41
13/86. Pembantu Akauntan W17

Kampus Kesihatan
1/87. Ahli Fotografi B27
2/88. Atenden Kesihatan U3
3/89. Guru Bahasa DG41
4/90. Juru X-ray U29
5/91. Jurupulih Perubatan U29
6/92. Jururawat Pergigian U29
7/93. Jururawat U29

CARA MEMOHON :
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan secara on-line di:
http://www.usm.my
(e-recruIT)
http://eregistry.usm.my/hr/erecruit

Tarikh Tutup : 19 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA (SPP)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
-PEMBANTU TADBIR KEWANGAN
-PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
-PENYELIA ASRAMA
-PEMBANTU PENGURUSAN MURID
-PEMBANTU MAKMAL
-TUKANG K2
-TUKANG K3

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.ziddu.com/download/5503743/IklanSPP.pdf.html

CARA MEMOHON:
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan secara on-line di:
http://www.spp.gov.my

Nota : Adalah dimaklumkan bahawa status calon simpanan jawatan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) bagi temu duga sebelum tahun 2009 telahpun terbatal. Calon yang masih berminat untuk memohon jawatan AKS boleh mendaftar semula permohonan melalui laman web www.spp.gov.my

Tarikh Tutup : SEPANJANG MASA

Keputusan Top SuperB Blogger



Dengan Sekali Hormat nya, Fiq Online siarkan keputusan markah Juri Pro. Saingan Sengit di antara Slickerzart dan El Zaffril. tapi masih ade markah juri awam yang boleh di tambah ekoran fiq online belum sempat update gara-gara amat sibuk dengan urusan kerja dan outstation. Oleh itu anda semua boleh meneka siapakah pemenang nya. Siapa?

Akhirnya Mat Pancut Di Tangkap




Sejak tiga bulan lalu penduduk di sebuah pangsapuri di Jalan Air Jernih di sini dilanda kehairanan ekoran penemuan ‘cecair pelik’ di depan pintu rumah mereka.

Hampir 15 penduduk pernah menjadi mangsa apabila cecair yang menimbulkan bau kurang menyenangkan dan tidak diketahui asal-usulnya itu mengotori rumah mereka.

Akhirnya misteri itu terjawab kelmarin selepas penduduk memberkas seorang pemuda berusia 22 tahun yang mempunyai hobi pelik iaitu suka melakukan onani di depan pintu rumah orang.

Seorang penduduk, Chong Chee Kong, 32, berkata, mereka menahan pemuda berasal dari Kampung Banggol Air Lilih, Manir itu pada pukul 9 malam kelmarin selepas hampir dua bulan melakukan intipan.

Katanya, sebelum ditahan, pemuda itu dilihat mengekori dua wanita yang tinggal di tingkat tiga dan apabila mereka masuk ke dalam rumah, dia berdiri di depan pintu lalu melepaskan nafsunya

APM2009: Siti Nurhaliza Tersenarai teratas Artis Serantau Paling Popular!






KEPUTUSAN tidak rasmi yang diperolehi semalam menunjukkan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berada pada kedudukan teratas bagi kategori Artis Serantau Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2009.

Seminggu lalu, kedudukan Siti yang memegang takhta itu selama lapan tahun berturut-turut itu ‘dicantas’ oleh band popular Indonesia, ST12. Band itu kini berada di tempat ketiga.

Undian khidmat pesanan ringkas (SMS) setakat ini menunjukkan Siti berjaya menduduki tempat pertama dengan 22 peratus, diikuti penyanyi popular Singapura, Hady Mirza (13 peratus), ST12 (13 peratus), penyanyi popular Indonesia Agnes Monica (13 peratus) dan penyanyi popular Singapura Taufik Batisah (8 peratus).



Menurut pihak penganjur, Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen, selepas sidang media meuar-uarkan supaya menyokong artis tempatan dibuat pada minggu lalu, undian SMS bagi kategori itu menunjukkan banyak perubahan.

“Undian (Artis Serantau Popular) banyak perubahan. Itu menunjukkan ramai pihak yang menyokong artis tempatan.

“Bagaimanapun, sejak undian bagi Singapura mula dibuka semalam, pengundi di negara itu memberikan saingan yang sangat kuat hingga menyebabkan penyanyi tempatan Faizal Tahir ketinggalan di belakang sedikit.

“Kita harap pengundi di Malaysia akan terus mengundi artis tempatan,” ujar Amin ketika dihubungi.

Keputusan tidak rasmi pada Khamis minggu lalu menunjukkan Faizal berada di tangga ketiga selepas Siti.



Waktu undian SMS untuk kategori Artis Serantau Paling Popular di Malaysia dibuka sejak 18 Jun lalu terlebih awal berbanding Indonesia yang dibuka undian mulai 28 Jun lalu diikuti dengan undian di Singapura yang dibuka bermula 10 Julai.

Selain Siti dan Faizal, Malaysia turut mempertaruhkan dua artis tempatan lagi untuk bersaing dalam kategori itu iaitu Hujan dan Meet Uncle Hussain.

Sementara itu, artis Indonesia yang turut bertanding bagi kategori Artis Serantau Paling Popular adalah Afgan dan Nidji manakala artis Singapura adalah Aliff Aziz dan Ahli Fiqir.

Jelas Amin, undian kategori Artis Serantau Paling Popular agak penting untuk ditekankan kerana artis setiap negara diberi peratusan yang sama rata iaitu 33.3 peratus

APM2009 turut membuka peluang kepada pengundi di Malaysia untuk mengundi 12 artis tempatan yang bersaing dalam kategori Artis Malaysia Paling Popular iaitu Aizat, Anuar Zain, Bunkface, Estranged, Faizal Tahir, Hujan, Mawi, Meet Uncle Hussain, Misha Omar, Siti Nurhaliza, Stacy dan Yuna.

Mereka yang ingin mengundi, bolehlah melihat paparan nombor-nombor kod setiap artis di KOSMO! Dan HAI sejak bulan lalu, tidak ketinggalan juga di laman web www.sinarfm.com.my iaitu stesen radio Sinar FM selaku radio rasmi, murai.com, Era TV, Chat @ 15, Astro Ria, Awani Pagi dan Gala TV di Astro Awani.

Cara undian adalah dengan menghantar SMS: APM MY1 hingga MY12 dan hantar ke 33660 bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular manakala APM AS1 hingga AS12 dan hantar ke 33660 bagi kategori Artis Serantau Paling Popular.

Artis Malaysia Paling Popular: Aizat (MY1), Anuar Zain (MY2), Bunkface (MY3), Estranged (MY4), Faizal Tahir (MY5), Hujan (MY6), Mawi (MY7), Meet Uncle Hussain (MY8), Misha Omar (MY9), Siti Nurhaliza (MY10), Stacy (MY11) dan Yuna (MY12).

Artis Serantau Paling Popular: Artis Singapura- Aliff Aziz (AS1), Ahli Fiqir (AS2), Hady Mirza (AS3), Taufik Batisah (AS4); Artis Malaysia- Faizal Tahir (AS5), Hujan (AS6), Meet Uncle Hussain (AS7), Siti Nurhaliza (AS8); Artis Indonesia- Afgan (AS9), Agnes Monica (AS10), Nidji (AS11) dan ST12 (AS12).

APM2009 yang akan diadakan buat pertama kalinya di Jakarta pada 18 Julai ini sedang hangat menjalankan promosi dan perancangan untuk menjayakan malam anugerah berprestij itu.

Bertempat di Pusat Konvensyen Jakarta, pukul 9 malam (waktu tempatan), majlis itu akan diserikan dengan persembahan artis seperti Stacy, Reshmonu, Hujan, Aizat, Dafi, Ayu, Faizal Tahir dan Siti.

Sementara artis Indonesia yang turut berkongsi pentas adalah ST12, Kuburan, Yovie N Nuno, Kotak, Bunga Citra Lestari, Nidji, Afgan dan Dewi Sandra tidak lupa artis Singapura iaitu Taufik Batisah, Didicazli, Nana dan Hady Mirza.

Menyentuh tentang wabak Selesema Babi (H1N1) yang sedang melanda dunia sekarang sehingga membuatkan orang ramai bimbang untuk ke luar negara, Amin berkata setakat ini mereka belum mendapat apa-apa berita yang membimbangkan untuk ke Jakarta.

“Sesiapa yang hendak ke APM 2009 nanti tidak perlu risau kerana kalau sesiapa yang keberatan, mereka boleh memakai topeng muka sama ada di dalam kapal terbang atau di lapangan terbang,” tutur Amin.

Dalam perkembangan lain, Amin juga berkata mereka sedang memaklumkan semua artis di Malaysia dan Singapura yang membuat persembahan supaya melakukan dengan baik.

Kepada peminat-peminat yang ingin menyaksikan APM2009 secara langsung di Jakarta, tempahan pakej pelancongan disediakan oleh agen Beyond Events dengan menghubungi talian 03-2141 5011.

APM2009 juga akan bersiaran secara langsung di Astro Ria, pukul 9 malam.

Lelaki Muka kacak ada sedikit sperma




Wanita yang mahu melahirkan anak dinasihatkan supaya memilih suami yang tidak memiliki daya tarikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh saintis-saintis Universiti Oxford dan Universiti Kolej London, lelaki yang mempunyai daya tarikan menarik tidak mengeluarkan banyak sperma ketika melakukan hubungan seks.

Bilangan sperma yang sedikit akan mengurangkan peluang wanita untuk memperoleh anak.

Berdasarkan kajian itu, lelaki yang tidak kacak didapati mengeluarkan lebih banyak sperma.

Lelaki yang kacak mempunyai ramai kekasih dan dipercayai kurang berjaya untuk menjadi bapa kepada anak.

Penemuan itu disokong oleh kajian terhadap ayam dan ikan tetapi para penyelidik berpendapat hasil penyelidikan itu boleh digunakan untuk diaplikasikan dalam konteks manusia.

"Daya tarikan manusia merupakan sesuatu yang kompleks dan dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk budaya," kata seorang penyelidik, Sam Tazzyman.

Sarang labah-labah jadi salap, gel penyembuh luka





Siapa sangka sarang labah-labah boleh diproses menjadi salap (balm), gel atau minyak selain mujarab pula untuk menyembuhkan luka.

Hasil ciptaan guru biologi, Mohd. Hafiz Mohd. Salleh bersama dua pelajar tingkatan empat, David Yong Seng Chai dan Lau Jo-Hanan dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling, Pulau Pinang itu sudah mendapat pengiktirafan awal dengan menjuarai Karnival Sains dan Teknologi 2000 anjuran Jabatan Pelajaran Pulau Pinang kelmarin.



Ciptaan berjudul Spider Web: From Trap To Treatment itu dipilih mengatasi pencalonan dari 20 sekolah lain.

Menurut Mohd. Hafiz, proses penghasilan salap sarang labah-labah itu memakan masa tiga minggu dengan panduan awal diperoleh daripada neneknya, Fatimah Ali, 75, dari Alor Setar.

19 butir bom disangka besi buruk




Hajat seorang peniaga pasar malam untuk mendapat duit lebih dengan menjual sejumlah besi buruk yang ditemui di Taman Rekreasi Cherok Paloh di sini bertukar ngeri apabila besi-besi itu sebenarnya ialah bom.

Abdul Malik Daud, 41, berkata, semua 19 ketul besi yang telah berkarat itu ditemui pada pukul 6 petang kelmarin ketika dia bersama anak perempuannya, Amira Shuhada, 3, bersiar-siar di taman rekreasi itu.

“Ketika kami berjalan-jalan, saya ternampak satu timbunan besi yang berbentuk bujur di satu kawasan semak.

“Saya yang mahu menjualnya sebagai besi buruk terus memunggah kesemua besi itu masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda dan saya membawanya pulang,” kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Punai, Tanah Putih di sini semalam.

Di rumah, cerita Malik, dia menurunkan kesemua besi itu dan meletakkan di halaman rumah.

Kenderaan NGV umpama bom




Beribu-ribu kereta di jalan raya yang menggunakan gas asli sebagai bahan api diibaratkan seperti ‘peluru berpandu bergerak dengan bom’, menurut Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM).

Setiausaha Agung persatuan itu, S. Piarapakaran berkata, kereta berkenaan diibaratkan seperti itu kerana pemilik kenderaan tersebut menggunakan bengkel-bengkel haram dan membiarkan mekanik yang tidak berkelayakan untuk memasang tangki gas berkenaan di kereta mereka.

Beliau berkata, penyelidikan WECAM menunjukkan bahawa hanya untuk menjimatkan beberapa ringgit, pemilik sanggup mengabaikan aspek keselamatan dengan menggunakan bahan dan hasil kerja yang tidak baik untuk dipasang di kereta mereka dengan tangki gas asli.

09 July, 2009

Hantu Michael Jackson.





Lembaga yang didakwa sebagai hantu bintang pop Michael Jackson di rumahnya di Neverland Ranch, Santa Barbara didapati palsu, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini rakaman seperti satu lembaga yang dipercayai hantu dirakamkan oleh jurukamera stesen televisyen CNN di rumah tersebut baru-baru ini.

Ketika itu, jurukamera CNN sedang membuat siaran langsung program perbualan yang popular iaitu Larry King Live dari rumah tersebut.

Rakaman itu turut disiarkan di laman web YouTube.

Bagaimanapun, Larry dan krew CNN kembali semula ke rumah Raja Pop itu di Neverland Ranch untuk memastikan sama ada imej tersebut ialah hantu.

Selepas mereka melakukan siastan, satu keputusan dibuat bahawa lembaga yang didakwa hantu itu sebenarnya merupakan bayang milik seorang pekerja di rumah Michael atau seorang anggota krew CNN.

Michael yang mesra dengan panggilan Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah yang disewanya di sini.

Video Lucah Dan Gambar Bogel Farawahida?



Persoalan wujud atau tidak gambar bogel penyanyi jelita, Farawahida Razali, 24, masih menjadi misteri walaupun komposer Julfekar Ahmad Shah telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada pihak polis.

Julfekar pada Isnin lalu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk memberi keterangan berhubung aduan Farawahida bahawa dia menerima mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada komposer tersebut.

Farawahida turut mendakwa Julfekar mengugut menyebarkan gambar bogelnya dalam Internet jika dia meneruskan niat untuk keluar dari syarikat rakaman milik komposer itu.

Ketika disoal siasat, telefon bimbit milik Julfaker turut dirampas bagi membantu siasatan tersebut.

Ibu bantu buang mayat cucu




Sebaik sahaja anak perempuannya melahirkan seorang bayi lelaki, seorang wanita terus membungkus cucu yang telah meninggal dunia itu ke dalam plastik hitam dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Itulah tindakan wanita yang merupakan nenek kepada bayi tersebut bagi mengelak rahsia anaknya terbongkar dalam kejadian yang berlaku di Taman Desa Aman 2, Sungai Lalang awal pagi semalam.

Bagaimanapun, dia, suami dan anak perempuannya itu ditahan selepas Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) membuat laporan polis kerana mereka cuba menyembunyikan kelahiran bayi tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Assistan Komisioner Hashim Ali, gadis berusia 20 tahun itu melahirkan bayinya bersendirian di dalam biliknya pada pukul 5 pagi semalam.

Michael Jackson pernah nasihatkan Britney Spears supaya bersara



BEBERAPA minggu sebelum kematian bintang pop Michael Jackson, dia telah menasihatkan penyanyi Britney Spears untuk meninggalkan industri muzik lebih awal supaya tidak ditimpa nasib yang sama sepertinya.

Menurut sumber, Jackson telah menelefon Spears dan memberitahu dia(Spears) untuk memfokuskan lebih pada kehidupan keluarga dia.

"Saya rasa amaran Michael tersebut adalah tegas untuk mengingatkan Spears yang dia harus meninggalkan dunia hiburan dengan tujuan mengekalkan nama baiknya. Dia(Jackson) berfikir dia perlu bersara awal supaya dia boleh memberi fokus yang lebih dalam perkara yang penting seperti anak lelakinya dan keluarga," kata seorang kawan Spears.

"Britney pastinya tersentuh dengan kata-kata Michael seperti yang Britney pernah berjanji lepada Michael sekurang-kurangnya dia akan mengambil satu cuti panjang selepas dia selesai menjalankan jelajahnya," tamabah kawan Spears.

Selepas kematian Jackson pada 25 Jun, Spears telah berkata: "Saya begitu teruja untuk melihat konsertnya di London. Kami akan mengadakan jelajah ke Eropah pada masa yang sama dan saya akan pergi melihat konsertnya untuk berjumpa dia(Michael).

"Dia merupakan inspirasi bagi seluruh hidup saya dan saya amat terkejut besar mendengar berita kematiannya."

03 July, 2009

JAWATAN KOSONG DI SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27
2. Penolong Juruaudit Gred W27
3. Juruteknik Komputer FT17
4. Pembantu Tadbir Kewangan W17

DOWNLOAD IKLAN
http://www.ziddu.com/download/5417270/IklanJawatanSKM2009.jpg.html

DOWNLOAD BORANG
http://www.ziddu.com/download/5417366/BorangJawatanSKM2009.pdf.html

MAKLUMAT LANJUT :
http://www.skm.gov.my

Tarikh Tutup : 10 Julai 2009

JAWATAN KOSONG DI KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-Pembantu Trafik (Lelaki & Perempuan)
-Technical Assistant
-Juruteknik (Mekanikal/Elektrik)
-Pemandu Kenderaaan Bermotor

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.ktmb.com.my

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan butir-butir peribadi, pengalaman dan kelulusan beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan . Permohonan yang lengkap hendaklah ke alamat seperti berikut:

Pengurus Besar
Sumber Manusia dan Pentadbiran
Ibu Pejabat Koporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.

Tarikh Tutup : 15 Julai 2009

Saya bukan kafir Nama Islam Saya Lina Poh Abdullah




Kelunakan bilal memperdengarkan azan setiap pagi di surau berhampiran rumah selama 20 tahun membuka pintu hati seorang wanita untuk memeluk Islam.

Biarpun tidak mengetahui maksud di sebalik seruan solat itu, Lina Poh Abdullah, 62, sering bangun jam 4 pagi semata-mata untuk mendengar azan sebelum terpaut menjalani kehidupan sebagai orang Islam seperti kebanyakan penduduk di kampungnya.

Akhirnya pada 2006, dia memeluk Islam bersendirian manakala bekas suami dan empat anak masih menganut agama asal.

Bagaimanapun, dia yang baru bernikah dengan lelaki lain hampir dua bulan lalu kesal berikutan dihina, malah dituduh kafir apabila menegur perbuatan sekumpulan remaja supaya tidak melepak dan membuat bising berhampiran rumahnya.

“Saya pantang orang tuduh saya kafir sedangkan mereka tidak tahu banyak pengorbanan terpaksa dilalui orang seperti saya untuk memeluk Islam,” kata Lina yang menjadi mangsa penghinaan ‘kutu tembok’ di sini.


Menurutnya, pengalaman pahit itu bermula sejak 2007 apabila sekumpulan remaja sering mengeluarkan kata-kata yang menyentuh hatinya sebagai seorang Islam selepas tidak berpuas hati dengan tindakannya menegur tabiat buruk mereka.

Paling menyedihkan, dalam kejadian terbaru Jun lalu, beberapa remaja tergamak menyuruhnya keluar Islam.

Malah, katanya, dia turut dicerca supaya tidak mengerjakan solat lima waktu selain tidak perlu berulang-alik ke masjid dan surau serta membuka tudung dipakainya sejak memeluk Islam.

“Apa salah saya sehingga sanggup menyuruh berbuat demikian serta menuduh saya kafir selain mengugut membunuh saya.

“Saya menangis semalaman kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian dan tidak lena tidur. Saya benar-benar sedih dan kecewa...kerana terlalu sedih, saya buka tudung selama tiga hari, hujung bulan lalu.

“Saya rasa bersalah, tapi kerana terlalu sedih saya ikutkan hati, tetapi memakai semula selepas dinasihatkan seorang kenalan yang bertugas sebagai anggota polis,” kata Lina yang menjaga dua cucunya yang bukan Islam pada hari kerja, manakala hujung minggu pulang ke Pagoh untuk bersama suami.

Lebih mengecewakan, kata wanita itu, anaknya yang bukan Islam turut menjadi mangsa apabila keretanya di depan rumah pernah dicalar beberapa bulan lalu.

Apabila masalah itu diajukan kepada pemimpin masyarakat, dakwa Lina, dia diminta berpindah jika tidak boleh menerima suasana kejiranan di situ.

Katanya, dia terpaksa membuat pengorbanan besar apabila mengambil masa 20 tahun sebelum tercapai impian memeluk Islam.

“Ketika mahu memeluk Islam, anak masih kecil dan saya tidak mahu apabila mereka besar dipersalahkan kerana memaksa mereka menukar agama,” katanya.

Disebabkan bimbang keselamatannya, Lina sudah beberapa kali membuat aduan di Balai Polis Muar dan terbaru pada 22 Jun lalu.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin, berkata umat Islam perlu sentiasa bersangka baik dengan saudara baru bukan dengan mencaci dan menghina mereka.

Katanya, kehadiran saudara baru perlu diterima secara terbuka dengan sentiasa diberi sokongan sebaik mungkin supaya menjadi mukmin sejati.

“Jurang pemisah atau sempadan antara saudara baru dengan umat Islam asal tidak seharusnya wujud kerana dalam agama akidah yang menyatukan kita. Kehadiran mereka menambah lagi kekukuhan Islam,” katanya.


Cristiano Ronaldo mengamuk dihendap gadis




Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo memecahkan tingkap sebuah kereta sebelum memaki hamun seorang pelajar perempuan, Sara Pardal kerana merakam gambarnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Media Portugal melaporkan bekas pemain kelab bola sepak Manchester United itu geram melihat aksinya dirakam lalu menendang tingkap kereta yang dinaiki Pardal, 17, sehingga pelajar itu cedera terkena serpihan kaca.

Tanpa mempedulikan kecederaan wanita itu, Ronaldo terus memarahi remaja itu kerana menghendapnya.

Pardal melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

"Saya kesal bertindak demikian tetapi tidak boleh berjanji tidak akan melakukannya lagi," kata Ronaldo yang berpindah ke Kelab Real Madrid dengan bayaran £80 juta (RM461.7 juta).

Menurutnya, remaja perempuan itu bekerja untuk seorang jurugambar paparazi dan mereka menghendapnya di kediaman Ronaldo di sini.

Kata Ronaldo, dia tidak kisah jika dihendap tetapi berang selepas ibunya bimbang dan takut melihat kereta itu berada hampir dengan kediaman mereka selama beberapa hari.

Mengulas berhubung insiden pada pagi Ahad lalu, polis Portugal menyatakan tiada sebarang dakwaan difailkan terhadap Ronaldo setakat ini tetapi Pardal boleh menyaman pemain bola sepak itu bagi menuntut ganti rugi.

01 July, 2009

Gambar Maya Karin




bila aku check album koleksi gambar aku, ternampak gambar maya karin ini.. wahhh bibir seksi gitu.. cantik!!! betuah laki dia dapat isteri secantik maya karin nie..

Remaja Wanita Berumur 17 Tahun berenang merentasi Selat Inggeris.




Perenang muda, Zahra Masoumah Abdul Halim, 17, mula berenang merentasi Selat Inggeris dari Dover ke Calais pada pukul 6.07 am (1.07pm waktu Malaysia) hari ini.

Keberanian Zahra menyeberangi pantai Shakespeare di saat fajar menyinsing akan memahatkan namanya sebagai wanita Malaysia pertama menakluk selat tersebut.

Pemerhati daripada Channel Swimming & Piloting Federation (CS&PF) hadir untuk menyaksikan Zahra memulakan ekspedisi berenang merentasi selat Inggeris ke Calais di Perancis.

Sekumpulan rakyat Malaysia yang hadir memberi sorokan dalam sebuah bot yang mengiringi perjalanan Zahra.

Zahra meletak sasaran masa 14 jam untuk menamatkan misi berkenaan

Ayah Zahra, Abdul Halim Manaf, jurulatih Arof Amar dan Pengerusi Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B) Muqharabbin Mokhtarudin turut serta dalam bot yang mengiringi Zahra.

Ekoran perubahan cuaca dan tiupan angin kencang, Zahra dijangka menghabiskan renangannya lewat sehari.

"Kita telah bertolak awal sebelum air pasang," kata jurupandu, Paul Formeman yang membawa Zahra dari pelabuhan ke pantai tempat dia berlepas pagi tadi.

Dalam perbualan telefon beberapa jam sebelum berenang, Zahra berharap rakyat Malaysia akan mendoakan dia berjaya merentasi Selat Inggeris tersebut.

"Saya sangat teruja dan gementar tapi saya yakin mampu melakukannya," katanya merujuk kepada perenang Mexico yang pernah menarik diri selepas berenang selama 11 jam.

Tambah Zahra, dia telah cuba menyesuaikan diri berenang dengan suhu air yang sejuk antara 12-16 darjah celcius setelah menjalani latihan selama sebulan.

Ibu kepada Zahra, Haniza Mohamed berkata dia telah menasihatkan anaknya supaya tenang dan dia yakin anaknya mampu melakukannya.

Jika Zahra berjaya berenang merentasi Selat Inggeris sejauh 33.6 km, dia merupakan rakyat Malaysia ketiga melakukakannya selepas Datuk Abdul Malik Mydin dan Dr Lennard Lee pada tahun 2003 dan 2004 yang pernah berenang di selat yang sama sebelum ini.

Sebelum ini, Malik mencipta sejarah menjadi rakyat pertama negara ini berjaya berenang merentasi Selat Inggeris pada Ogos 2003. Sementara Lee berjaya mencatakan masa sembilan jam 45 minit.

Penduduk Kg Buah Pala desak Guan Eng letak jawatan




Pertubuhan penduduk-penduduk Kampung Buah Pala hari ini mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya meletakkan jawatan kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab untuk membela nasib rakyat negeri ini.

Wakil pertubuhan penduduk itu C. Tharmaraj berkata, pihaknya membuat desakan itu kerana merasakan Setiausaha Agung DAP itu sudah tidak mampu menjalankan tanggungjawab dan gagal menunaikan janji.

"Janji dibuat pada kempen pilihan raya umum yang kononnya mahu mengembalikan hak dengan memberikan tanah ini kepada kami tapi tidak ditunaikan. Saya rasa lebih baik dia letak jawatan," katanya kepada pemberita disini hari ini.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, pakatan pembangkang DAPPKRPAS telah menggunakan isu Kampung Buah Pala sebagai modal mereka berkempen dengan menjanjikan penduduk bahawa mereka akan mengembalikan hak mereka sekiranya memerintah negeri ini.

Semalam, penduduk kampung itu menyatakan rasa kecewa dan marah dengan keengganan Guan Eng bertemu mereka untuk menyerahkan memorandum berhubung nasib mereka selepas mereka diarah mengosongkan rumah mereka esok oleh pemaju, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd.

Sementara itu, Pengarah Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd Thomas Chan berkata sebagai pemaju, syarikatnya sedang berbincang dengan pihak kerajaan negeri dalam tempoh sebulan ini untuk menyelesaikan masalah itu.

"Kami tidak bercadang untuk membayar sejumlah wang sebagai pampasan lagi dan hanya akan membayar saguhati melalui kerajaan negeri kepada pendudukpenduduk tersebut," katanya.

Katanya Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan penduduk yang terdiri daripada 41 keluarga mengosongkan rumah dan sekiranya mereka enggan berpindah apabila tempohnya berakhir 2 Ogos nanti, mereka ini akan dianggap menghina keputusan mahkamah dan tindakan terpaksa diambil.

Beliau berkata syarikatnya telah mengalami kerugian RM6juta setahun apabila projek yang sepatutnya bermula pada awal tahun lepas, ditangguhkan.

"Sebanyak 10 rumah telah menerima pampasan yang diberikan kepada mereka dan kini tinggal 22 buah rumah yang masih degil," katanya.

Kampung Buah Pala, yang mempunyai 41 buah rumah dengan 300 penduduk itu merupakan satusatunya penempatan masyarakat India yang berusia 100 tahun di negeri ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Pemuda MIC T.Mohan meminta kerajaan pusat membantu menyelesaikan segera isu kampung itu yang dilihat boleh membangkitkan isu perkauman.

"Pemuda MIC risau dengan perkembangan yang berlaku jika ia tidak diselesaikan segera," katanya sambil melahirkan keyakinan bahawa kerajaan pusat prihatin terhadap masalah berkaitan masyarakat India di negara ini.

Katanya Pemuda MIC juga berharap agar isu itu tidak dipolitikkan oleh manamana pihak.

"Sikap tidak ambil peduli dan berdiam diri menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan pembangkang sama sekali tidak bersedia untuk menghadapi masalah dan rintangan," katanya.


30 June, 2009

JAWATAN KOSONG DI PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Pegawai Tadbir n41
2. Pegawai Pertanian G41
3. Akauntan W41
4. Pegawai Teknologi Maklumat F41
5. Jurutera J41
6. Pegawai Undang-Undang L41
7. Penolong Pegawai Pertanian G27
8. Penolong Akauntan W27
9. Pembantu Teknik J29
10.Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)
11.Pembantu Pertanian G17
12.Pembantu Tadbir (Kewangan)

CARA MEMOHON :
Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara on-line di:
http://www.jobsmalaysia.gov.my

Tarikh Tutup : 12 Julai 2009

Kahwin percuma jika henti merokok




Sebuah pertubuhan kebajikan di Arab Saudi menawarkan hadiah utama kepada perokok lelaki yang berjaya menghentikan tabiat merokok iaitu pembiayaan majlis perkahwinan.

Tawaran itu menarik minat ratusan perokok lelaki dengan salah seorangnya berkata, dia bersedia berhenti merokok bagi membolehkannya layak untuk memenangi hadiah utama.

Di kebanyakan negara Arab, pengantin lelaki terpaksa membiayai kos majlis perkahwinan, hantaran dan menyediakan sebuah rumah yang dilengkapi dengan perabot.

Bagaimanapun, 20 pemenang yang berada di tempat kedua akan diberikan hadiah perabot.

Setiausaha pertubuhan kebajikan itu, Sulaiman al-Soby berkata, dia menjangkakan ribuan perokok akan menyertai pertandingan tersebut yang terhad untuk penduduk yang tinggal di Riyadh.

Sejak 20 Jun lalu, kain rentang diletakkan di beberapa lebuh raya dan jejambat bagi mempromosikan kempen antimerokok di Riyadh termasuk gambar yang menunjukkan satu pasangan pengantin.

29 June, 2009

JAWATAN KOSONG DI ZOO MELAKA




Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan (keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka) untuk mengisi kekosongan jawatan di Zoo Melaka, Ayer Keroh, Melaka.

Jawatan :
- PEGAWAI VETERINAR – G41

CARA MEMOHON :
-Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh diperolehi daripada Bahagian Pentadbiran Zoo Melaka (secara percuma) pada waktu pejabat.

DOWNLOAD IKLAN :
http://www.ziddu.com/download/5349840/JawatanKosongZooMelaka2009.doc.html

Tarikh Tutup : 15 Julai 2009


JAWATAN KOSONG DI YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA MALAYSIA




Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

Calon-calon yang berkelayakan ditawarkan untuk memohon jawatan-jawatan berikut :-

Jawatan (Gred):

- Pegawai Eksekutif (Gred L41)

Jadual Gaji :
P1T1 RM1989.45 - P3T24 RM5274.82

Syarat Lantikan :
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diterima diiktiraf setaraf dengannya; atau
Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination) ; dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penempatan (Kekosongan)-Taraf Jawatan
Kuala Lumpur (1)- Kontrak

Cara Memohon:
Calon yang berminat boleh mengemukakan resume kepada :-
Ketua Pegawai Eksekutif,
Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia
Tingkat 20, Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.


Tarikh Tutup : 15 Julai 2009

Wanita bersuami lima guna seks sebagai 'senjata'





Ashley Baker iaitu suami kelima Emily Horne mendedahkan dia berkahwin dengan wanita berkenaan setelah digoda dengan seks dan pujuk rayu, lapor sebuah akhbar semalam.

"Horne seorang wanita yang tidak mempunyai perasaan dan jahat. Dia perlu dihukum penjara untuk satu tempoh yang panjang," kata Baker.

Horne yang berusia 30 tahun itu kini menunggu hukuman selepas dia mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Manchester minggu lalu kerana berkahwin lebih daripada dua lelaki.

"Horne memperalatkan seks sebagai senjata. Dia merupakan seorang penipu," tambah Baker.

Menurutnya, wanita itu mengaku kononnya dia hamil selain berbohong dia pernah dirogol dan menghidap kanser semata-mata untuk memujuknya berkahwin.

Akibat termakan pujuk rayu wanita itu, mereka mendirikan rumah tangga pada September 2007 empat bulan selepas berkenalan tanpa Baker menyedari bahawa dirinya dimadukan.

Bagaimanapun, rahsia wanita itu terbongkar apabila Horne sendiri mengaku dia pernah dipenjara kerana berpoligami dan sudah bersuami ketika mereka berbulan madu.

Tiga anakanda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyertai larian Kids Dash



Tiga anakanda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyertai larian Kids Dash, program sampingan dalam perlumbaan larian Standard Chartered KL Marathon 2009 di Dataran Merdeka di sini semalam.

Puteri sulung Tuanku Mizan, Tengku Nadhirah Zahrah, 12, mengambil bahagian dalam kategori 3 Kilometer (KM) dan dua lagi anakanda Seri Paduka, Tengku Muhammad Muaaz, 8, dan Tengku Fatimatuz Zahra, 7, mengambil bahagian dalam kategori 950 Meter yang disertai oleh lebih 500 orang kanak-kanak.

Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat ke Dataran Merdeka untuk memberi sokongan.

Keberangkatan Seri Paduka berdua pada pukul 8.30 pagi itu disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Ketiga-tiga anakanda Tuanku Mizan berjaya menamatkan larian tersebut mengikut kategori yang disertai.

Datuk Siti Nurhaliza cantik bagai bidadari di Malam Konsert Eksklusif 'SATU'







MENONTON Konsert Eksklusif 'SATU' Datuk Siti Nurhaliza bukan sahaja satu nikmat hiburan dari penyanyi bersuara lunak merdu nombor satu negara ini malah ia juga ibarat melihat persembahan fesyen.

Selang beberapa buah lagu Siti pasti diserikan dengan aneka pakaian yang cantik dan menarik hati.




Semalam, Siti memaparkan enam pasang baju dengan pelbagai warna rekaan tiga pereka fesyen dalam konsert selama lebih dua jam itu.

Mereka adalah pereka Amir Luqman, Michael Ong dan Riezman Ruzaini.

Siti akui dalam setiap konsert yang dipersembahkannya, dia akan menggunakan banyak pakaian mengikut kesesuaian genre lagu.

"Setiap kali konsert Siti memang fesyen 'show' kerana lagu-lagu saya ada genre tradisional, pop dan balada," kata penyanyi bersuara lunak ini.

Antara pakaian yang paling menarik yang ditonjolkan oleh Siti adalah baju kimono berwarna merah dan diletakkan kain satin merah sepanjang 80 meter dibelakangnya.




Jelas Siti, secara tidak langsung dia juga ada terlibat dalam mereka konsep setiap baju yang dipakainya termasuk baju rekaan Michael Ong itu.

"Saya perlu tengok juga sama ada hendak mengenakan pakaian yang macam mana seperti seluar atau tidak.

"Memang idea membuat baju kimono dengan kain panjang itu adalah idea saya.

"Pada mulanya saya nak terbang tetapi sebab kosnya agak tinggi, jadi kita gunakan idea itu.

"Pada saya, bukan senang untuk merealisasikan semua idea dan konsep persembahan itu kerana saya risau jika kasut tumit tinggi yang dipakai akan memberikan masalah sebab ada banyak lubang-lubang," jelas Siti sambil tersenyum.



Senyuman Siti jelas menunjukkan yang dirinya betul-betul puas hati dengan konsertnya yang telah berlangsung sejak Jumaat lalu.

Ia juga seolah-olah penawar penat lelah Siti yang telah berlatih vokal, pergerakan dan stamina pada setiap hari.

"Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan usaha selama sebulan sebelum ini. Ia berkat komitmen semua pihak termasuk penari, juru audio, juru cahaya, orang yang membuat props yang membuat yang termampu.

"Semuanya berjalan dengan baik tanpa ada masalah teknikal kerana semuanya membuat yang terbaik. Kita sentiasa cuba membaiki sedikit kekurangan yang ada," luah pelantun yang sedang popular dengan lagu Di Taman Teman ini.

Disebalik kejayaannya, mungkin tiada yang tahu Siti telah mengalami penyakit ulser di tekak pada seminggu sebelum konsert berlangsung.

Berkat selalu makan ubat, Siti akhirnya berjaya menampilkan konsert solo buat kali kedua selepas dia mendirikan rumah tangga.

Sebelum itu, Siti pernah menjayakan Konsert Akustik di Singapura beberapa tahun lalu.

Ditanya tentang rahsianya yang berjaya mengekalkan vokal bertenaga ketika mengalunkan lebih 30 buah lagu medley dari album-albumnya, terang Siti, "Saya hanya menumpukan perhatian kepada latihan, berpantang minum ais dan membuat banyak 'exercise' di gym serta menari sampai malam.

"Alhamdulillah, saya takut juga sebab dah lama tak 'perform' ibarat 'sharpener' tumpul yang nak kena asah untuk tajam."

Dengan konsert berkos lebih RM1 juta itu, Siti turut berharap untuk membina sebuah masjid atau surau dengan pulangan yang diterima untuk kutipan dana Yayasan Nurjiwa.

Yayasan ini merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjalankan kerja-kerja amal milik Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

"Bila sampai masanya nanti, saya nak membuat sebuah masjid atau surau untuk menunaikan hajat arwah abah.




Tapi saya tak janji bila akan ditunaikan kerana buat masa ini saya sedang berbincang dengan suami dan mak tentang lokasinya," ujar Siti yang telah merancang untuk membina masjid sejak di awal dia bergelar artis lagi.

Menyentuh tentang perancangan lain, Siti berkata dia akan sibuk dengan pembikinan album bercorak kerohanian pada bulan puasa nanti dan selepas itu album duet bersama penyanyi Indonesia Kris Dayanti.

Dalam masa yang sama juga, Siti berharap semoga dia dapat melakukan konsert solonya selepas ini bergantung kepada pihak penaja.





"Kalau ada bagi 'sponsor' yang banyak, saya berhasrat untuk membuat konsert solo lagi selepas ini," akhiri Siti yang tidak pernah lekang dari senyuman.

Konsert Eksklusif 'SATU' berlangsung selama tiga hari di Istana Budaya di bawah arahan koreografer Pat Ibrahim.

Hanya Buang masa debat dengan Nik Aziz - Dr. Mahathir




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, debat terbuka antara kedua-dua pemimpin parti politik terbesar Melayu itu jika diadakan hanya membazir masa dan akan menjadi satu bentuk hiburan semata-mata.

Malah, katanya, Malaysia mempunyai acuannya tersendiri dan tidak perlu mengikut amalan sesetengah negara luar yang mengadakan debat secara terbuka antara pemimpin parti politik dalam mempertahankan pendapat masing-masing.

"Hanya buang masa. Jadi satu hiburanlah, kita bukan lantik pemimpin untuk berhibur," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Kedah di Bangunan Tunku di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Presiden Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau ditanya cabaran Nik Abdul Aziz yang mengajak Perdana Menteri berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana didakwa memfitnah UMNO dalam ceramah di Manek Urai baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai amalan rasuah dalam UMNO, Mahathir berkata, parti itu akan mengalami kesukaran pada pilihan raya umum akan datang jika masih meletakkan calon yang mempunyai imej rasuah.

Beliau yang kecewa dengan keadaan rasuah dalam UMNO bagaimanapun berkata, pada masa ini terdapat usaha-usaha positif di kawasan tertentu untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat terhadap parti.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, UMNO tidak boleh mengharapkan semata-mata kepada ahlinya untuk memenangi sesuatu pilihan raya, sebaliknya perlu meraih sokongan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Katanya, angka yang menunjukkan ahli UMNO pada masa ini iaitu kira-kira 3.5 juta bukan ukuran menjamin kemenangan jika parti itu gagal meraih sokongan padu daripada rakyat.

Justeru, jelasnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu membersihkan imejnya dan sentiasa mendekati rakyat supaya mendapat sokongan mereka yang berpuas hati dengan prestasi dan imej parti.

28 June, 2009

Gambar Aizat cium maknyah?




Aizat kena cium mak nyah? Jangan terkejut... Aizat kena denda mencium pengacara program Suria FM Together-gether Bersama Media di Hotel Concorde pada 19 Jun lalu sebab dia tersalah menyebut nama stesen radio lain semasa di atas pentas.

Pengacara lelaki yang berpakain wanita dengan menggunakan nama Puteri itu terus keluar dari belakang pentas dan mendenda Aizat.

"Saya mintak maaf dan saya sedia melakukan apa sahaja sebagai denda," kata Aizat kepada Puteri.

Puteri dengan selamba menyuiruh Aizat mencium pipinya sebagai denda itu. Nak buat macam mana... sebab sudah janji sanggupp lakukan apa sahaja, maka Aizat pun kenalah cium pipi Puteri.





Cadangan benarkan 60,000 perwakilan mengundi bendung rasuah Umno - Tun Mahathir




Cadangan pindaan perlembagaan Umno untuk membenarkan 60,000 perwakilan mengundi pada pemilihan parti itu berbanding 2,600 perwakilan yang diamalkan sekarang adalah cara terbaik bagi membendung amalan rasuah, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menyambut baik cadangan tersebut, beliau mengingatkan bahawa akhirnya anggota Umnolah yang perlu mengubah sikap mereka dengan tidak meneruskan amalan menerima dan memberi rasuah.

"Ini merupakan pindaan perlembagaan Umno untuk kali ketiga bagi mengelak amalan rasuah di kalangan ahliahli Umno tetapi kalau ahliahli Umno masih mengutamakan menerima rasuah sebanyak RM200, RM300 daripada mengutamakan parti, bangsa dan negara, apa pindaan pun tidak akan mendatangkan hasil," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Percambahan Minda dan Jati Diri anjuran Biro Penerangan Umno Bahagian Pandan, Selangor di Institut Latihan Memperkasa Umno (ILMU), Janda Baik, Pahang, hari ini.

"Walaupun membenarkan sebanyak 60,000 perwakilan untuk mengundi dalam pemilihan Umno, (memboleh) kita bebas daripada rasuah, akhirnya sikap kita itu yang lebih penting," tegas beliau.

"Jangan terima rasuah, itu adalah satu perkara besar, anda makan duit haram macam makan babi, bagi saya orang yang makan duit rasuah, dia beli apa pun ia jadi haram, kalau dia beli makan, dia macam makan babi," katanya.

Dr Mahathir menegaskan perkara ini ketika mengulas mengenai sistem kuota yang diamalkan Umno sekarang yang dikatakan menjadi punca kepada amalan rasuah yang berleluasa.

Draf pindaan perlembagaan Umno itu dijangka siap sebelum perhimpunan Agung Umno khas yang dijadual dari 13 hingga 16 Okt ini. Ditanya mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan Dr Mahathir berkata beliau lebih suka berusaha untuk memulihkan semula kredibiliti Umno di kalangan anggota dan juga penyokong parti yang bukan ahli parti Umno kerana mereka ini akan menentukan sama ada Umno akan menang atau kalah pada masa akan datang.

Sementara itu, Dr Mahathir turut meluahkan perasaan gembiranya kerana inilah kali pertama selama enam tahun sejak beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, diberi peluang untuk bercakap terus dengan anggota Umno.

"Saya lebih senang cakap dengan orang Umno (di peringkat akar umbi) daripada orang atasan, akhirnya orang di peringkat akar umbi yang akan menentukan menang atau kalah," katanya.

Nikki terharu jadi isteri Audi Mok







Komposer terkenal Audi Mok Chuang Yew dan bekas peserta Malaysian Idol, Nikki atau Nicolette Louisa Palikat sah bergelar suami isteri selepas melafazkan ikrar dalam satu upacara perkahwinan di Gereja St. Francis Xavier di sini, petang tadi.

Hampir 500 orang menghadiri upacara akad nikah atau perkahwinan tradisional Katolik yang sebenar-benarnya. Mereka terdiri daripada ahli-ahli keluarga, kawan rapat dan kawan-kawan daripada industri hiburan.

Suasana gereja umpama satu taman bunga apabila ia dihiasi ratusan ros berwarna oren dan merah jambu dihias bersama lili casablanca. Dewan harum dengan bau bunga-bungaan.

Laluan bergerbang di tengah dewan bertaburan dengan kelopak-kelopak bunga ros. Majlis perkahwinan itu yang bertemakan warna "orange peppermint" iaitu oren, hijau dan putih bermula tepat pukul 2.20 petang.



Nikki, 24, yang tiba dengan kereta Mercedes Benz diapit oleh ayahnya, Nicholas Palikat terus berarak ke pentas utama untuk "bersatu" dengan suami tercintanya, Audi.

Kedua-dua mempelai itu melemparkan senyuman manja dan manis apabila bertemu.



Nikki kelihatan anggun memakai gaun berwarna putih rekaan dan tajaan Jovian Mandagie yang berkonsepkan pari-pari sementara Audi Mok, 36, bertuksedo hitam Lord's Tailor.

Pengerusi upacara perkahwinan Audi-Nikki, Rev. Fr. Simon Yong memulakan upacara perkahwinan dengan membacakan doa, responsorial psalm dan gospel.

Ketika acara kemuncaknya iaitu lafaz ikrar perkahwinan tiba, Nikki menggamamkan para hadirin dalam dewan apabila tiba-tiba suara gembiranya berubah nada seakan-akan menangis.

TANGISAN KEGEMBIRAAN

Suara Nikki jelas kedengaran teresak-esak ketika melafazkan ikrar yang berbunyi: "I, Nicolette Palikat, take you Audi Mok, to be my husband. I promise to be true to you in good times and in bad, in sickness and in health. I will love you and honour you all the days of my life."




Dia kelihatan mengesat air matanya. Emosi para hadirin terusik melihat Nikki terharu melalui detik-detik paling bahagia dalam hidupnya.

Pasangan Audi-Nikki yang seperti pinang dibelah dua itu kemudiannya bertukar cincin perkahwinan.


Para hadirin bersorak gembira apabila Audi mencium bibir Nikki selepas menyelak kain penutup muka pengantin perempuan.

Gelagat nakal Nikki mencium bibir Audi secara "ganas" mmenyebabkan ibu bapa Nikki, Nicholas Palikat dan Joanna Joannes dan ahli-ahli keluarga yang terbang dari Sabah untuk menghadiri upacara perkahwinan tersebut ketawa terbahak-bahak.





Turut menyaksikan perkahwinan bersejarah Audi ialah ibu bapanya, Mok Peng Chiang dan Gladys Thoo; adiknya, June Mok Su Yin dan sanak-saudara yang memandu dari Melaka ke sini.

Antara artis yang hadir ialah Maya Karin, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Vincent Chong.

Jaclyn Victor dan Vincent Chong menyanyikan lagu The Prayer sebagai penutup tirai upacara perkahwinan gilang-gemilang Audi-Nikki.




Ketika ditemui selepas upacara perkahwinan itu selesai, Nikki memberitahu dia menitiskan air mata kerana hatinya tersentuh melalui momen paling indah dalah hidupnya.

"Saya terbayangkan diri saya yang akan menjadi isteri yang baik dan setia kepada Audi. Saya memang tak sabar-sabar untuk memikul peranan sebagai isteri yang baik," katanya dengan penuh kelegaan.




Sementara itu, ibu bapa Nikki, Mok Peng Chiang dan Gladys Thoo turut bersyukur kerana upacara perkahwinan itu berjalan dengan lancar dan mengakui menanti masa untuk menimang cucu.

Ibu bapa Audi tidak dapat ditemuramah kerana bergegas pulang ke Melaka untuk menguruskan resepsi perkahwinan Audi-Nikki pada sebelah malam ini.




Fiq OnlinE Story

Click Here

Photobucket