MY Labels

1 Malaysia (11) 18 SX (13) Aaron Aziz (2) Abby Abadi (6) Aduan Rakyat (6) AIM (2) Air Kencing Tikus (1) Airasia (3) Aishwarya Rai (1) Aizdean (1) Akedemi Fantasia (19) Akta 118 (3) Aminulrasyid Amzah (1) Ammar Alfian Aziz (1) Anak Artis (6) Anang Hermansyah (1) Anugerah Bintang Popular (6) Anugerah Malaysia (43) Anwar Ibrahim (26) Ariel Peterpan (1) Ariff Alfian Rosli (1) Artis Bertudung (6) Artis Bertunang (6) Artis seksi (6) Awal Ashaari (1) Aznah Jamil (1) Barisan Nasional (2) Bersih (4) Blog For FT (2) Blogger (1) BN Youth Volunteers 2012 (3) Boycott Google (1) Buang Bayi (8) Cara Membuat Blog (1) Cerpen Dan Puisi (7) cinta (1) Cuepacs (1) Cut Tari (1) Dalam Negeri (327) Datuk Sosilawati (1) Digi (3) Duda (1) Ekonomi (19) Erra Fazira (1) Euro 2012 (1) Facebook (5) Fafau (1) Fahrin Ahmad (3) Farau (1) Fasha Sandha (4) Felda (1) Fesyen Artist (18) Gambar Artis Cun (52) Gambar Baby Artis (3) Gambar Bulan Madu (1) Gambar Pelik (14) Gangnam Style (1) Georgetown (1) Gerakan Belia 4B (4) Gossip Panas (364) Harga Minyak (3) Hari Belia Negara (1) Hiburan (455) Ibu (2) Influenza H1N1 (9) ISA (3) Islam (5) Isu Gay (16) Isu Mak Nyah (13) Isu Pelacur (2) Isu Pengkid (6) Isu Semasa (216) IT Computer (4) Japan Tsunami (2) Jawatan Kosong (125) Jus Diet Mate 5 (2) K-pop (1) Kakitangan Kerajaan (13) Kemalangan Jalanraya (1) Keputusan Vote (15) Kerajaan Malaysia (42) Kes Benjy (2) Kes Bunuh (4) Kes Dadah (2) Kes Khalwat (6) Kes Liwat (3) Kes Penceraian Artis (36) Kes Penderaan (1) Kes Polis (122) Kes Rogol (9) Kesihatan (37) Khunsa (1) Kris Dayanti (2) Kuching (2) Kuih Kapit (1) Lady Gaga (2) Lahad Datu (4) Laser Cik Gayah Kebaya (25) Lawak (6) Layan Album (13) Layan Drama (17) Layan Filem (24) Layan Taufan (8) Lelaki (2) Luar Negara (361) Luna Maya (2) Maksiat (2) Mania Astro (2) Marshanda (1) Mat Rempit (3) Mawi (3) Melodi Tv3 (5) Meninggal Dunia (8) Mentor (12) Mface (1) Michael Jackson (4) Mizz Nina (2) My Starz LG (4) Nafkah (1) Najib Razak (9) Nak Kurus (1) Neelofa (3) Nick Pitera (1) Nik Aziz Nik Mat (1) Nora Danish (2) Nuklear (2) Nur Fazura (1) OIAM (16) Orang Terkaya di Malaysia (2) Pakatan Rakyat (19) Palestine Gaza (9) PAS (3) Pelaburan SwissCash (1) Penang (12) Pendidikan (5) Pengetahuan (102) Pengganas Sulu (4) Pengurusan Kewangan (3) Perhimpunan Oren (1) Perkahwinan Artis (34) Personal (54) Perspektif Islam (33) Pewaris (2) Piala FA (1) PKR (2) Politik (177) Prihal Artis (243) Profile Artis (7) Projek Perumahan Terbengkalai (3) Promosi (31) Proton Inspira (1) PRU 13 (4) PTPTN (2) Pusat Inovasi (3) Putrajaya (7) Ramadhan (5) Resepi Masakan (4) Rita Rudaini (2) Rosmah Mansor (1) Rossa (1) Rozita Che Wan (12) Rumah Urut (1) Saiful Bukhari (1) Saman (13) Sarawak (1) Shila Amzah (2) Simplysiti (10) Siti Nurhaliza (88) Sukan (23) Sumpah Laknat (1) Syabas (1) Syawal (2) Tabung Amal (1) Tanah Runtuh (2) Teater (1) Teka Wajah Artis (6) Telur Tiruan (1) Tips Diet (8) TOP SUPERB BLOGGER (9) Tun Mahathir (33) TV 3 (9) Ubat Kuat (1) UMNO (17) Uncle Seekers (1) Video Pilihan (31) Video Seks (6) Wardina (3) World Cup 2010 (1) Yasmin Ahmad (9) Youtube (12) Ziana Zain (6)


SELAMAT DATANG KE BLOG FIQ ONLINE.
www.fiq-life.blogspot.com



Parti mana yang akan Menang Besar PRU 13?

26 July, 2011

Isteri Jimmy Shanley Dedah Rahsia Sebenar Suaminya.





Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.

"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.

Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.

"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.

“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.

Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.

Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.

"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.

Sementara itu Jimmy yang dihubungi bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.

Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.

Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.

"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.

Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.

Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.

Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.

"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.

Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.

Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.

Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.

23 July, 2011

Perda Mahu Ketua Menteri Pulau Pinang Jawab Isu Lewat Lulus Permohonan Projeknya.



Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng menjawab isu kelewatan kerajaan negeri meluluskan permohonan agensi kerajaan persekutuan itu untuk melaksanakan projek pembangunan khususnya projek perumahan di negeri ini.

Pengerusi Perda Datuk Azhar Ibrahim mendakwa kelewatan kelulusan permohonanuntuk melaksanakan projek pembangunan hanya berlaku kepada empat agensi di bawah kerajaan persekutuan iaitu Perda, UDA Holdings Berhad, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan JKP Sdn Bhd.

"Pihak swasta hanya perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja tetapi permohonan oleh empat agensi ini perlu dirujukdahulu ke One Stop Agency (OSA) yang dipengerusikan oleh ketua menteri.

"Kenapa perlu wujud situasi demikian, bila ke OSA pula selalu tangguhmesyuarat sebelum luluskan permohonan, sedangkan projek pembangunan yang ingin dilakukan adalah (perumahan) mampu milik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat ketiga Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini Sabtu.

Azhar mengulas mengenai isu projek pembangunan yang dikendalikan olehagensi di bawah kerajaan persekutuan di negeri-negeri pentadbiran pakatanpembangkang tidak mendapat sijil layak menduduki (CF).

Isu itu dibangkitkan oleh Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),Datuk Idris Haron, yang mendakwa kerajaan yang ditadbir oleh pakatanpembangkang sengaja melewatkan pemberian CF kepada projek-projek perumahan yang dibina oleh agensi di bawah kerajaan persekutuan.

Azhar berkata, di Pulau Pinang bukan sekadar isu kelewatan pemberian CFsahaja yang membelenggu pemaju, tetapi punca masalah sebenarnya bermuladaripada kelewatan meluluskan permohonan bagi sesuatu projek pembangunan.

"Terdapat dua projek oleh Perda yang masih tertangguh hingga hari ini dantidak tahu apa statusnya, projek perumahan di Sungai Pinang dan di PongsuSeribu, Bertam, kedua-duanya masih belum jelas statusnya," katanya.

Beliau berharap Ketua Menteri tidak mengaitkan isu pembangunan denganpolitik demi keselesaan, kebajikan dan faedah rakyat negeri ini sertaperkembangan ekonomi negeri ini.

"Kalau setuju untuk luluskan, maka luluskanlah, jika tidak katakan tidak,berterus terang dan jangan campurkan urusan pembangunan dengan isu politik,"katanya.


p/s : Perlu siasat kes ini.

21 July, 2011

'Supermak' Bakal Tandingi Rating 'Juvana' lebih 4.2 juta penonton



Drama bersiri Juvana yang berjaya memecahkan rekod penonton tertinggi 4.2 juta bakal digantikan dengan drama pertarungan berjudul Supermak bermula pada Rabu (semalam) pukul 9 malam di TV3.

Menurut pengarahnya Prem Anand Pallai, dia yakin drama tersebut mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu menarik penonton untuk terus menonton slot aksi.

"Saya tidak tertekan dengan rating Juvana kerana bagi saya drama Supermak ini mempunyai kelebihan tersendiri untuk menarik perhatian penonton.

"Drama ini mempunyai nilai kekeluargaan di samping aksi seorang ibu yang cekap menguruskan hal rumah tangga dan masalah jenayah. Saya yakin drama ini akan mempunyai pengikut terutamanya seisi keluarga," ujarnya ketika ditemui di sidang media drama Supermak, di sini, Rabu.

Dari segi pemilihan pelakon, Prem mengakui Nasha Aziz dan Zul Yahya adalah calon yang paling tepat memegang kedua-dua watak tersebut.


"Nasha mempunyai perwatakan dan bentuk badan seorang adiwira terutamanya apabila dia mengenakan sut yang direka khas untuk watak Supermak itu.

"Manakala Zul Yahya juga adalah pelakon yang sememangnya mengetahui watak yang akan dilakonkan dan dia mempunyai karakter tersendiri yang boleh membawakan watak antagonis tersebut," jelasnya.

Selain itu, menurut Prem kekuatan drama ini adalah pada jalan cerita yang asli dan dekat di hati penonton berbanding cerita adiwira lain.

"Cerita ini tidak sama dengan cerita lain seperti Superwomen atau Catwomen, cerita ini lebih dekat dengan kehidupan seorang suri rumah dalam menguruskan hal rumah tangganya, namun dia mempunyai keistimewaan tersendiri," tuturnya.

Drama terbitan Filmscape ini mengisahkan tentang seorang suri rumah yang bernama Amy lakonan Nasha Aziz yang mempunyai kekuatan dan kuasa istimewa.

Bagaimanapun, kekuasaan tersebut terpaksa disorokkan daripada suaminya yang bertugas sebagai anggota polis. Pelbagai aksi menarik yang bakal dipaparkan dalam drama 13 episod ini.

10 July, 2011

Gambar Anwar Ibrahim Perhimpunan Bersih Di Kuala Lumpur


Gambar-gambar kejadian perhimpunan bersih di kawasan Kuala Lumpur, Turut terlibat iaitu Anwar Ibrahim berada di perhimpunan tersebut.








09 July, 2011

Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar Budak Melayu Iras "Mat Salleh"



Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.

Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini.

Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya.

Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal.

Akhbar News of The World ditutup





Akhbar tabloid mingguan nombor satu Britain, News of The World akan ditutup selepas edisinya yang terakhir esok selepas ia beroperasi selama 168 tahun kerana terbabit dalam skandal pengintipan perbualan telefon membabitkan sekitar 4,000 orang.

Penutupan akhbar berkenaan dibuat ketika ia dimiliki oleh taikun media kelahiran Australia, Rupert Murdoch yang mengasaskan syarikat media global, News Corp.

Murdoch, 80, yang memiliki kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS) dan kekayaan mencecah AS$6.3 bilion (RM18.8 bilion) tersenarai antara 100 individu paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time.

Selain News of The World, Murdoch turut memiliki beberapa akhbar dan tabloid utama Britain seperti The Sun, The Times dan The Sunday Times.

Taikun media itu dilaporkan menutup akhbar berkenaan ketika beliau berusaha mengelakkan skandal berkenaan menjejaskan usahanya untuk mengambil alih kumpulan penyiaran utama Britain, British Sky Broadcasting pada harga tawaran AS$22 bilion (RM65.8 bilion).

"Edisi Ahad ini merupakan edisi terakhir News of The World." kata Timbalan Ketua Pegawai Operasi News Corporation, James Murdoch ketika mengumumkan penutupan akhbar berkenaan. James merupakan anak lelaki Murdoch.

Menurutnya, semua keuntungan daripada jualan edisi terakhir itu akan digunakan untuk tujuan amal.

Pengumuman mengenainya dibuat beberapa hari selepas Perdana Menteri Britain, David Cameron mengarahkan satu siasatan awam diwujudkan pada Rabu lepas untuk menyiasat skandal tersebut.

News of The World dilaporkan mencuri dengar perbualan telefon melibatkan beberapa pemimpin dan selebriti termasuk bekas datuk bandar London, Ken Livingston untuk mendapatkan berita sensasi sekali gus melariskan jualan akhbar berkenaan.

Selain komplot mengintip perbualan telefon, News of The World turut didakwa merasuah pihak polis untuk mendapatkan berita sensasi.

Komplot mengintip perbualan telefon itu pertama kali didedahkan pada 2006, apabila polis menangkap pengarang diraja News of The World, Clive Goodman dan Glenn Mulcaire.

Goodman dipenjara empat bulan manakala Mulcaire selama enam bulan pada 2007 selepas mereka mengakui memintas perbualan telefon anggota kerabat diraja Britain termasuk Putera William.

Terbaru, polis menahan bekas pengarang News of The World, Andy Coulson yang merupakan bekas penasihat komunikasi Cameron di antara tahun 2003 hingga 2007. Polis turut menahan semula Goodman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Setakat ini nasib lebih 200 pekerja akhbar berkenaan masih tidak dapat dipastikan.

News of the World popular dalam kalangan penduduk tempatan kerana kerap menyiarkan berita sensasi termasuk laporan eksklusif kematian Puteri Diana dan skandal mengatur perlawanan kriket melibatkan pasukan Pakistan.

Pelakon Harry Potter menangis



Kegirangan pelakon Emma Watson ketika muncul di karpet merah di Trafalgar Square di sini tidak lama apabila dia dan pelakon lain menangis ketika memberi penghormatan kepada filem tersebut, Harry Potter and The Deathly Hallows - Part 2 di sini kelmarin.

Dia yang muncul dengan membawa aura magisnya yang tersendiri dengan mengenakan gaun bertingkat-tingkat Oscar De La Renta kelihatan amat sedih.

Dia yang melakonkan watak Harmonie, hadir ke Trafalgar Square tersebut bersama pelakon-pelakon lain untuk menonton tayangan perdana filem itu sambil bertemu peminat.

Ketika rakan pelakon yang berlakon bersamanya, Rupert Grint memberi ucapan, Watson tidak dapat menahan air mata dan penerbit filem, David Heyman, menawarkan bahunya sebagai tempat dia menangis.

Sambil menangis, aktres itu mengucapkan terima kasihnya sambil ditenangkan oleh pelakon lain termasuk penulis novel tersebut, JK Rowling.

Filem itu turut dibintangi oleh Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter.

Majlis perbandaran keluarkan garis panduan cara bunuh zombi



Majlis Perbandaran Bristol di Britain mengeluarkan garis panduan bagi menangani serangan zombi, lapor sebuah akhbar semalam.

Garis panduan itu menunjukkan cara terbaik untuk membunuh zombi iaitu mayat yang kembali hidup dan memburu manusia untuk memakan daging mereka.

Majlis Perbandaran Bristol mengeluarkan garis panduan itu sebagai reaksi terhadap permintaan kebebasan maklumat.

Ia dikeluarkan selepas seorang penduduk meminta maklumat apa yang perlu dilakukan jika zombi membuat serangan.

Garis panduan itu memberikan maklumat mengenai penduduk boleh menggunakan senjata api seperti senjata renjatan elektrik, gari dan memakai pakaian perlindungan untuk membunuh zombi.

Menurut garis panduan tersebut, zombi itu boleh dibunuh dengan melakukan satu pukulan kuat di bahagian kepala atau memutuskan kepala mayat hidup itu.

Bagi mengelak berlaku panik, berita akan disiarkan mengenai perkembangan serangan zombi.

Garis panduan itu melibatkan bandar Whitchurch Park, Shirehampton dan Totterdown di dalam kawasan perbandaran Bristol.

Gambar Perhimpunan Bersih 2 di Kuala Lumpur





6.00 petang: Pasukan FRU dan polis bersurai pada pukul 6 petang di Jalan Ampang dan KLCC. Keadaan terkawal.

5.30 petang: Jawatankuasa Bersih 2.0 gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Namun, ia menyifatkan perhimpunan tersebut mencapai matlamatnya.



Ia juga menyelar penangkapan terhadap para peserta, termasuk daripada kumpulan lain.

Ahli jawatankuasa, Subramaniam Pillay berkata Bersih akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat dan tidak melibatkan perhimpunan.

Dia juga mengesahkan Ambiga telah ditahan oleh polis. Katanya, khidmat pesanan ringkas Ambiga menyatakan dia berada dalam keadaan baik.

5.25 petang: Seramai 924 tangkapan dibuat sehingga 3.30 petang. Sebanyak 875 lelaki dan 49 wanita ditahan, menurut polis.

5.10 petang: Ramai orang memasuki KL Sentral. Kebanyakannya memakai tuala muka dan botol air mineral.

4.25 petang: Di KLCC, Jalan Ampang, pasukan FRU dan polis bersiap sedia untuk menangani sebarang kemungkinan. Keadaan masih tenang dan tiada perarakan dilaporkan setakat ini.

4.30 petang: Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata para pemimpin perhimpunan haram itu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk di bawah Seksyen 27, Akta Polis kerana berhimpun secara haram.



4.20 petang: Orang ramai yang berkumpul di Kuala Lumpur untuk Bersih dan Patrior bersurai. Polis memantau situasi. Seorang penganjur kanan Bersih meminta para penyokong berdekatan Dewan Perniagaan Cina di Jalan Maharajalela supaya bersurai.

3.36 petang: Dari Jalan Tun Perak, para penunjuk perasaan berjalan melalui Lebuh Ampang dan Jalan Ampang keluar dari bandar.

3.34 petang: Orang ramai masih berarak di sepanjang Jalan Tun Perak sekarang.

3.32 petang: Kedua-dua stesen LRT Masjid Jamek masih ditutup sehingga sekarang.

3.18 petang: Orang ramai berkumpul di pintu utama Stadium Merdeka berdekatan MBSSKL. Sesetengah di halangan polis tetapi kebanyakannya berundur dan berjalan di sepanjang Jalan Hang Jebat. Situasi tenang.

3.01 petang: Polis berkata, sebanyak 672 ditahan sehingga 2.30 petang (624 lelaki dan 48 wanita).

3.00 petang: Nurul Iman, Nurul Nuha, Maria Chin, Ambiga, Abdul Hadi Awang ditahan polis.

Anwar dan Wan Azizah kembali ke KL Hilton.



2.30 petang: Penyokong Pakatan Rakyat dan Bersih 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan.

Ambiga, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

2.10 petang: Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang berada di perkarangan luar KL Sentral dan sekitar Jalan Tun Sambanthan. Mereka berpatah balik ke KL Sentral.

1.50 petang: Anwar Ibrahim, Ambiga, Hadi Awang, Wan Azizah dan Nurul Izzah bersama penyokong Bersih keluar dari Hotel KL Hilton untuk berarak bersama-sama para penyokong mereka ke KL Sentral sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

1.45 petang: Para penyokong Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka. Reezal Merican mengingkari perintah larangan untuk memimpin Patriot di Bukit Bintang.

.40 petang: Khairy tiba di kawasan perarakan. Abdul Azeez menyusul lima minit kemudian.

1.30 petang: Para penyokong Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia menyanyikan lagu, "Inilah Barisan Kita." Ia diketuai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Pusat, Lokman Adam. Kelibat Khairy dan Abdul Azeez tidak kelihatan.



1.25 petang: Polis berkata, 514 orang ditahan sehingga 12.30 tengah hari (478 lelaki dan 36 wanita).

1.20 petang: Lebih 500 Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia berkumpul di hadapan BB Plaza, Jalan Bukit Bintang dan mengedarkan baju Patriot berwarna merah.

Namun kelibat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Kelab 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim masih belum kelihatan.

Mereka melaungkan slogan, "Hidup rakyat, hidup Malaysia, hancur Anwar, hancur Ambiga."

1.20 petang: Kumpulan Bersih bergabung dengan kumpulan lain berhampiran Puduraya.

1.15 petang: Lebih 1,000 penyokong Bersih mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka.

1.10 petang: Ribuan penyokong Bersih mula berarak dari Pudu Plaza, melalui Bukit Bintang dan sedang dalam perjalanan ke Jalan Pudu dalam percubaan untuk sampai ke Stadium Merdeka.



1.07 petang: FRU setakat ini telah berjaya menyuraikan para penunjuk di hadapan Bank Agro dan Pasar Seni. Di kedua-dua tempat gas pemedih mata telah ditembak untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang menjerit "reformasi".

1 petang: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah menghantar mesej tweet bahawa beliau ditahan di hadapan Hilton kerana mengganggu tugas polis. Beliau berada dalam sebuah Black Maria sekarang.

12.55 tengah hari: Polis berkata, sebanyak 441 ditahan sehingga 12 tengah hari. 421 lelaki dan 20 wanita.

12.50 tengah hari: Gas pemedih mata ditembak ke arah penunjuk perasaan yang berarak dari hadapan Bank Agro menuju ke Pasar Seni melalui Daya Bumi.

12.45 tengah hari: Lim Kit Siang dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat berkumpul di Hotel KL Hilton. Mereka merancang untuk berarak ke stadium dari situ.

12.40 tengah hari: Anggota FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang menjerit "reformasi" di Bank Agro berdekatan Daya Bumi di Kuala Lumpur.

12.30 tengah hari: Satu kumpulan besar penunjuk perasaan sambil menjerit "reformasi" meninggalkan Pasar Seni dalam percubaan menuju ke Masjid Jamek dan Dataran Merdeka. Berdekatan Masjid Negara, penunjuk perasaan turut membawa bendera PKR dan PAS sambil melaungkan "Bersih".



12.28 tengah hari: Ribuan orang sedang berarak sambil menjerit "reformasi" melintasi tebing sungai melepasi Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.

12.15 tengah hari: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub ditahan oleh polis di KL Sentral.

12.13 tengah hari: Polis membenarkan lima peguam daripada Majlis Peguam menuju ke stesen keretapi Kuala Lumpur ketika ramai orang menjerit "reformasi" dari dalam stesen keretapi.

12.05 tengah hari: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di KL Hilton ditemani ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan peguam Latheefa Koya. Turut hadir, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

12.00 tengah hari: Polis mengesahkan seramai 338 orang termasuk 17 wanita ditahan di sekitar Kuala Lumpur.

11.35 pagi: Keadaan aman di KLCC. Para pelancong mengambil gambar. Pihak keselamatan mendirikan halangan di sekitar pintu masuk kecuali ruang kosong untuk pembeli belah masuk.

11.30 pagi: Jumlah tangkapan di sekitar Kuala Lumpur adalah seramai 236 orang termasuk lapan wanita, kata polis.

11.20 pagi: Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga menghantar mesej tweet meminta semua orang keluar dengan memakai baju kuning.

11.18 pagi: Sebuah trak polis membawa sekumpulan lelaki yang ditahan keluar dari kawasan Masjid Jamek menuju ke kawasan tahanan di Pulapol.

11.02 pagi: Tren RapidKL tidak akan berhenti di tiga stesen dari 10.15 pagi atas arahan polis. Stesen-stesen tersebut ialah Hang Tuah dan Maharajalela (laluan monorel) dan Hang Tuah (laluan Ampang).

11.00 pagi: Seorang lelaki memakai baju kemeja merah ditahan oleh polis dekat dengan stesen LRT Masjid Jamek.

10.40 pagi: Pusat media Bukit Media mengeluarkan kenyataan bahawa seorang daripada 21 orang yang ditahan pada awal Sabtu telah dibebaskan.

10.35 pagi: Sebuah Black Maria di Masjid Jamek memuatkan 13 orang ditahan, kebanyakannya lelaki. Mereka dipercayai merupakan penunjuk perasaan Bersih.

10.30 pagi: Ramai berkumpul di stesen keretapi berdekatan Masjid Negara. Turut kelihatan ramai anggota polis diketuai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman mengawal situasi.

10.30 pagi: Lebih banyak trak polis tiba menyertai trak FRU di pintu utama Istana Negara tetapi situasi masih lengang.

10.01 pagi: Kedai-kedai dibuka untuk perniagaan. 100 pelanggan beratur di hadapan Machines, Lot 10, untuk membeli iPad2.

10.00 pagi: Seorang lelaki ditahan polis di Jalan Melayu, off Jalan Masjid India, selepas menjerit secara agresif terhadap orang ramai dan wakil media.

9.50 pagi: Anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) mengawal pintu masuk Pasar Seni. Mereka berkata, ia akan dibuka seperti biasa pada pukul 10 pagi tetapi mereka akan mengawalnya. Polis meronda di sekitar Pasar Seni sebelum ia dibuka.

9.45 pagi: Sekumpulan 100 orang di sekitar Masjid India diarahkan bersurai oleh polis.

9.28 pagi: 12 peguam berjaket dan bertali leher berada di luar stesen LRT Masjid Jamek. Kehadiran ramai anggota polis. Aktiviti normal. Stesen masih dibuka.

9.15 pagi: Satu kumpulan dengan lebih 100 orang berada di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara. Polis sedang memantau mereka.

9.10 pagi: Polis menahan satu kumpulan yang berkumpul berdekatan masjid Kampung Baru.

9.07 pagi: Sekatan jalan raya di lebuh-lebuh raya menghala ke Kuala Lumpur menyebabkan trafik bergerak perlahan. Satu sekatan berdekatan Batu Tiga menyebabkan kesesakan teruk. Pemandu terpaksa menggunakan lebih sejam untuk bergerak dari Shah Alam ke plaza tol menghala ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, trafik berjalan lancar selepas plaza tol itu.

9.05 pagi: Tiga peguam, berjaket hitam dan bertali leher, berjalan di Jalan TAR. Mereka memberitahu wartawan bahawa kehadiran mereka di situ adalah untuk memberikan bantuan guaman.

8.50 pagi: Kira-kira 15 trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada di luar Istana Negara. Sekatan jalan dibuat 500 meter dari pinta utama ke istana.

8.45 pagi: Enam ambulans memasuki Jalan TAR dipercayai bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

8.40 pagi: 12 trak polis dan sebuah Black Maria ditempatkan di luar Sogo. Kira-kira 120 anggota polis di sekitar situ. Pemeriksaan rambang dibuat terhadap pejalan kaki di Jalan TAR.

8.15 pagi: Polis menutup laluan ke Jalan Stadium dengan dawai berduri. 20 Black Maria diletakkan di depan tempat letak kereta.

8.10 pagi: Kehadiran ramai anggota polis, kurang kenderaan di jalan raya dan tidak kelihatan kumpulan besar di kawasan sekitar Chow Kit dan Kampung Baru.

8.05 pagi: Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ditutup dengan kehadiran ramai anggota polis di luar Sogo.

8.00 pagi: Kuala Lumpur hampir lengang. Di Jalan Raja Laut, hanya kelihatan anggota polis bertugas. Di luar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kira-kira 200 anggota polis kelihatan bersarapan pagi. Sebuah helikopter polis berlegar-legar di ruang udara.



7.55 pagi: Lebih ramai anggota tiba dengan menggunakan monorel dan mereka turun di stesen Maharajalela bertentangan dengan Stadium Merdeka.

7.30 pagi: Sejumlah besar trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) termasuk yang dilengkapi dengan meriam air, melalui Jalan Maharajalela dan menghala ke Masjid Negara serta Masjid Jamek.


TheStar.

08 July, 2011

Video Ribut pasir gergasi melanda Phoenix di negeri Arizona



Satu ribut pasir gergasi melanda bandar Pheonix, di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menyebabkan jarak penglihatan terhad dan penerbangan terpaksa ditangguhkan pada malam Selasa lalu.

Ribut yang disertai dengan angin kuat itu menyebabkan sejumlah pokok tumbang manakala ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.

Awan pasir yang bergerak melintasi lembah Pheonix itu telah menyebabkan ribut berlaku di kawasan Tucson.

Menurut seorang pakar di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Paul Iniguez, ribut itu kemudian bergerak ke bahagian utara gurun sebelum merempuh kawasan bandar seperti satu ombak besar.

Data radar menunjukkan ribut tersebut membentuk dinding debu setinggi 2,438 meter hingga 3,048 meter.

"Kami dengar daripada ramai penduduk bahawa ini adalah ribut paling hebat pernah mereka lihat," kata Iniguez.

Ketika ia menghampiri kawasan banjir, ribut itu sudah mengecil menjadi setinggi 1,524 meter.

Stesen televisyen tempatan, KSAZ-TV melaporkan ribut itu agak serius di beberapa lokasi.

Ribut berkenaan adalah sebahagian daripada musim monsun di Arizona yang biasanya bermula pada pertengahan Jun dan berlanjutan hingga September.


Sekawan Blogger Fiq Bertunang secara tiba-tiba?







Fiq Online ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Seorang Blogger Hebat iaitu Pojiepooh kerana berjaya membuat Fiq Online terkejut STROKE (macam bermimpi je aku rasa) dengan berita Pertunangannya dengan seorang blogger, Cik Ira nama nya.

WOW... pada mulanya Macam bermimpi sahaja. Sorry kalau Fiq Over time pepagi buta ini. Sebenarnya Fiq tumpang Gembira kerana salah seorang kawan fiq sudah bertunang. aiyaaaa ramai sungguh bertunang tahun ni. Ape2 pun Fiq doakan kamu berdua berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

05 July, 2011

Jawatan Kosong AirAsia (AirAsia)



Want to paint the skies RED with us? Then join us as AirAsia Allstars! We are recruiting Flight Attendants!

Absolute essentials :
- Outgoing, fun personality
- Inexhaustible smiles
- Boundless energy
- Genuine interest to serve people
- Fluent Spoken English and Bahasa Malaysia
- Good communication skills

Requirements :
- Male/Female (Malaysian)
- Age between 20 to 35
- Height: minimum 157cm, maximum 170cm barefoot (for Female)
- Height: minimum 170cm, maximum 180cm barefoot (for Male)
- SPM with credit in English and Bahasa Malaysia or equivalent

Submit your application to:jobs@airasia.com NOW! Only successful candidates will be notified :-)

Jawatan Kosong Malaysia Airlines (MAS)




If you love travelling and dream of experiencing the world, join us as a Flight Steward or Stewardess. We offer an attractive salary package with allowances, medical and other fringe benefits.

1. Flight Steward or Stewardess

Requirements:
- Malaysian citizen aged between 18 to 30 years as of interview date.
- Minimum SPM or its equivalent as recognised by the Malaysian Government with
- credit in English and pass in any other 5 subjects including Bahasa Malaysia OR
- higher academic qualification recognized by the Malaysian Government with proficiency in
- Bahasa Malaysia and English.
- Fluency in another language is an added advantage.
- Minimum height (weight in proportion): 165cm (male) / 157cm (female).
- Excellent health and good eyesight. Not colour blind.
- Pleasant personality and a genuine passion in customer service.

If you meet the above requirements, please attend our CABIN CREW WALK-IN INTERVIEWS to be held as follows:

1. Sarawak Steward & Stewardess

Place:
PULLMAN KUCHING
No. 1A, Jalan Mathies
Kuching, Sarawak

Date: 09 July 2011 (Saturday)


2. Kota Kinabalu Steward & Stewardess

Place:
PACIFIC SUTERA
No.1 Sutera Harbour Boulevard
Sutera Harbour
Kota Kinabalu, Sabah

Date: 13 July 2011 (Wednesday)


3. Kuala Lumpur Steward

Place:
MALAYSIA AIRLINES ACADEMY
No. 2 Jalan SS7/13,
Kelana Jaya, Selangor

Date: 23 July 2011 (Saturday)


4. Penang Steward & Stewardess

Place:
HOTEL ROYAL PENANG
No. 3 Jalan Larut, Penang

Date: 27 July 2011 (Wednesday)


5. Kuala Lumpur Stewardess

Place:
MALAYSIA AIRLINES ACADEMY
No. 2 Jalan SS7/13,
Kelana Jaya, Selangor

Date: 30 July 2011 (Saturday)


Registration time: 8.30 am to 12.00 noon

Please bring along your letter of application, resume, original and certified true copies of academic certificates, IC and a recent passport-sized photograph (non-returnable) and completed Malaysia Airlines Job Application Form. Candidates are advised to dress appropriately (office attire) for the interview (t-shirt, slippers and jeans are not allowed). Female candidates are encouraged to wear kebaya.





Fiq OnlinE Story

Click Here

Photobucket